Selesa Buat Latihan Vokal Di Rumah, Haqiem Rusly Nak Lagu Mimpi Menang AJL36

![|650x400](upload://akefKJrAmA4ml3jgtIkZXDwDHsO.jpeg)

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) kian terasa dan hanya berbaki dua minggu lagi sebelum pentas dibuka pada 6 Mac ini. 12 finalis yang bakal berentap sudah mula membuat persiapan dan menitikberatkan kesihatan diri supaya terhindar daripada virus Covid-19.

Artikel Berkaitan: AJL36 Hadkan Kehadiran 200 Penonton Sahaja, Alif Satar & Nabila Huda Pikul Tanggungjawab Sebagai Hos

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Cari Baju Sesuai Untuk AJL36, Kalau Boleh Tak Nak Jadi ‘Parodi’

Risau terkena jangkitan

![|650x805](upload://vv4qihpb07dbCkeCy5mEjDgmvSL.jpeg)

Penyanyi Haqiem Rusly memilih untuk menjalani latihan di rumah kerana enggan dirinya terdedah dengan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan dirinya dijangkiti virus merbahaya itu.

Kata Haqiem, 23, dia akan keluar sekiranya untuk memenuhi tuntutan kerja namun masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Buat masa ini saya lebih selesa duduk di rumah dan menjaga stamina dengan bersukan, berenang, berlari serta menjalankan latihan vokal.

Bimbang jika terkena jangkitan, jadi sukar buat persembahan di pentas AJL 36. Sudah tentu akan menyusahkan ramai pihak.

Sekarang angka jangkitan kian memuncak dan ramai rakan artis disahkan positif, sekali gus membuatkan saya kena lebih berhati-hati apabila bertemu orang.

Cuma, saya terpaksa keluar jika ada kerja penting, namun mematuhi SOP yang ketat.

Nak ‘Mimpi’ menang

![|650x473](upload://j7mFkTgy1CSM9e42lDJrrQJA0Om.jpeg)

Ditanya sama ada dia meletakkan harapan menerusi lagu Mimpi, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli mengakui ingin membawa balik kemenangan pada malam gilang-gemilang itu.

Kalau tanya adakah saya meletakkan harapan melihat lagu Mimpi menang, sudah semestinya ada. Jauh di sudut hati, saya mahukan kemenangan.

Namun, jika tak menang pun tidak mengapa, asalkan melangkah ke pentas AJL 36 sudah cukup bersyukur.

Pentas AJL sangat besar impak diterima. Dalam ribuan lagu yang bertanding selama setahun, hanya 12 lagu terbaik yang terpilih dan diadili juri profesional. Ia adalah penghargaan yang cukup besar.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 ini berjaya membolos diri di pentas AJL36 menerusi dua lagu iaitu Mimpi dan Lara bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang AJL36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL36, #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/selesa-buat-latihan-vokal-di-rumah-haqiem-rusly-nak-lagu-mimpi-menang-ajl36