Selepas Selangor, Polis Negeri Sembilan Pula Terima 2 Laporan Kes Amang Seksual Pendakwah

Sekadar gambar hiasan

Sejak minggu lepas, kecoh di media sosial di mana seorang pendakwah selebriti lelaki ditahan gara-gara didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Artikel berkaitan : Mangsa Amang Seksual Kenal Penceramah Bebas Dalam Program Motivasi

Polis Negeri Sembilan sedang melengkapkan siasatan kes membabitkan dua laporan yang dibuat terhadap seorang pendakwah selebriti terbabit.

Siasat dua lagi kes

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid, kedua-dua laporan berkenaan melibatkan pengadu berusia 17 tahun diterima oleh pihak polis pada bulan ini. Malah, siasatan berkenaan selari dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke pihak polis Bukit Aman untuk dikemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ujarnya lagi, dia menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini kerana ia akan menjejaskan siasatan.

Terdahulu, suspek berusia 40-an itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber : Kosmo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/selepas-selangor-polis-negeri-sembilan-pula-terima-2-laporan-kes-amang-seksual-pendakwah