Selepas Produk Penjagaan Wajah Viral Di TikTok! NIHON Kini Perkenal Water Gel UV Sunscreen!

![|600x315](upload://96vTpxSXDyNIU6J5t4n0NQby0lt.jpeg)

Pemakaian sunscreen merupakan salah satu rutin penting yang menjadi kemestian, bukan hanya kaum wanita tetapi juga buat kaum lelaki untuk menjaga kesihatan kulit wajah.

Tapi, masih ramai yang ada masalah dan ragu-ragu nak pilih produk yang tepat dan sesuai. Yelah, nak kena tahu SPF berapa yang sesuai, jenis sunscreen, kondisi kulit wajah, keberkesanan produk tersebut dan macam-macam lagilah!

Haa..jangan risau sebab kami ada solusi untuk masalah korang tu!

Diformulasikan oleh ahli dermatologi di Jepun dan Malaysia, NIHON Water Gel UV Sunscreen merupakan sunscreen yang lembut di wajah dan cepat meresap yang korang kena cuba. Banyak sangat review positif mengenai produk mereka!

Kulit wajah lembut seakan-akan mochi!

![|630x393](upload://4LkgvjwD4XacTqkH7HfsM8Hk2Ok.jpeg)

Pertama sekali korang kena tahu keperluan wajah setiap individu berbeza kerana jenis dan masalah kulit wajah yang dihadapi kita juga berlainan.

Melalui NIHON, korang boleh dapatkan pelbagai jenis set produk penjagaan wajah mengikut masalah kulit wajah yang korang hadapi. Maka, tak hairanlah memiliki mochi skin bukan lagi satu angan-angan.

![|800x800](upload://6JMs1kEf1L273O1DCZ17Va5t3l2.jpeg)

Antara rangkaian set penjagaan kulit wajah yang NIHON tawarkan termasuklah Essential Set, Basic Acne set Plus, Mochi Skin Set Plus, Scar Repair Set Plus dan Premium Plus Set.

Selain pembelian melalui set-set tertentu untuk merawat masalah kulit wajah korang, korang juga boleh beli produk NIHON secara berasingan seperti Night Repair Creme, Triple Action Serum, Soothing Facial Cleanser, Brightening Face Creme dan Water Gel UV Sunscreen.

Water Gel UV Sunscreen halang sinaran matahari!

@skincarezaffy Just launched, but I had the chance to try it first!! @nihonskin #nihonskin #sunscreen #hybridsunscreen ? My Universe – Coldplay x BTS

Tak lengkap rutin penjagaan wajah tanpa sunscreen. Hal ini kerana, kulit wajah yang terdedah pada sinaran matahari tanpa perlindungan secara berpanjang memiliki risiko tinggi mengalami masalah sunburn dan pigmentasi serta penuaan kulit wajah juga akan jadi lebih pantas.

Ha, sebab tu la penting untuk kita pakai sunscreen sebelum keluar rumah.

@ashyyedward Siapa Nak Honest Review @nihonskin WaterGel Sunscreen ???? tell me in the comments!! #makeupmalaysia ? original sound – Ashyy Edward

Berbeza dengan sunscreen yang ada dipasaran, NIHON Water Gel UV Sunscreen tidak sama seperti sunscreen yang korang pernah guna sebelum ini.

Ia adalah pelindung matahari hibrid generasi baru yang lembut dan selamat pada kulit walaupun untuk kulit sensitif dan berjerawat.

Jadi, kalau korang tercari-cari sunscreen yang mempunyai risiko rendah untuk menyebabkan jerawat, NIHON Water Gel UV Sunscreen adalah jawapannya!

Ia juga lebih ringan, mempunyai SPF 50 PA+++ dan tidak meninggalkan white cast serta dapat memantul dan menyekat sinaran UV yang berbahaya.

Disamping itu, ianya lebih pantas menyerap, menegangkan kulit untuk melawan penuaan serta berpotensi mencerahkan kulit dengan menghalang pengeluaran melanin.

Selain itu, ia juga dapat membantu melegakan keradangan dan kemerahan, sekaligus mengurangkan garis halus, kedutan dan tompok matahari dengan ketara. Bestnya!

![|1200x800](upload://ep9AFcn4mKydmnldJ0xsOSNbfkn.jpeg)


Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Water Gel UV Sunscreen NIHON termasuklah Bemotrizinol, Bisoctrizole, Zinc Oxide and Micronised Titanium Dioxide.

Kesemua bahan ini selamat digunakan untuk kulit tau, jadi korang tak perlu ada rasa ragu-ragu dan bimbang.

Yeay! NIHON dah ada travel size sunscreen!

![|1200x1200](upload://yX1lQ9pryQvHlaMBvlGroyDxBuP.jpeg)

Apa yang lebih best lagi, sekarang NIHON dah lancarkan Water Gel UV Sunscreen dalam travel size. Mudah la korang nak bawa ke mana-mana. Letak dalam handbag pun senang.

Apa yang penting, sunscreen kena sentiasa ada bila perlu. Baru la nanti boleh dapat mochi skin. Cerah dan lembut je kulit wajah kita.

Berminat nak dapatkan produk NIHON Skin? Korang boleh terus kunjungi website mereka di nihonskin.com. Bagi pembelian Water Gel UV Sunscreen korang klik SINI.

Nak baca dan tengok sendiri review serta testimoni produk NIHON? Klik je link di bawah:

Reviews:

1. https://nihonskin.com/pages/customer-reviews

2. https://nihonskin.com/collections/ala-carte/products/water-gel-uv-sunscreen

Testimoni: https://nihonskin.com/pages/testimonials


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/selepas-produk-penjagaan-wajah-viral-di-tiktok-nihon-kini-perkenal-water-gel-uv-sunscreen