Selamba Pegang Janggut UAI Lepas Salam, Terus Kena Jeling Dengan ‘Bodyguard’

Dek kerana terlalu teruja dapat berjumpa penceramah bebas terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra dipanggil UAI, seorang lelaki dengan selamba memegang janggut pendakwah tersebut selepas bersalaman dengannya.

Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Ebit Lew Jumpa Pak Cik Bawah Jambatan, Hadiahkan Sebiji Rumah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Masuk Syurga’ – Ifa Raziah Menangis Jumpa Ustazah Asma’ Harun

Terus kena pandangan tajam

Situasi itu dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas selesai sesi ceramah bersama UAI di sebuah masjid. Orang ramai yang hadir ke majlis tersebut tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dengan UAI sebelum datang seorang lelaki yang bertindak memegang janggut.

Tindakan spontan lelaki tersebut kemudiannya mendapat perhatian pegawai pengiring yang bertugas pada waktu itu. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa ‘nasib’ lelaki tersebut.

Video

@fyfadhaus

Hahahahahah selamba dia je pegang janggut UAI? #UAI #taiping #fyp

? bunyi asal – FyfaDhaus – FyfaDhaus

Komen netizen

Manakala di bahagian komen pula, ramai yang mengganggap insiden mencuit hati itu sebagai sesuatu yang di luar jangkaan kerana tidak menyangkakan pegawai pengiring akan memandang lelaki tersebut dengan jelingan tajam sehingga dia beredar dari kawasan masjid.

Nanti ada lah orang tanya dalam kuliah UAI , rasa macam mana bila orang pegang janggut ustaz.

Berapa lama lah agaknya simpan geram tu haa. Muka puas betul dapat pegang lepas salam ustaz eh.

Bukan itu saja, tak ketinggalan juga yang memuji sifat ‘sempoi’ UAI kerana tidak kisah janggutnya dipegang malah dia terus bersalaman dengan tetamu yang lain sebelum bergerak pulang dari masjid selepas selesai sesi ceramah.

Sumber: TikTok @fyfadhaus


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/selamba-pegang-janggut-uai-lepas-salam-terus-kena-jeling-dengan-bodyguard