Selalu Nyanyi Lagu Sendiri Tak Sedap, Pakar Sahkan Keisya Levronka Sebenarnya Trauma

Siapa sahaja tidak kenal dengan penyanyi lagu berjudul Tak Ingin Usai iaitu Keisya Levronka yang menjadi perbualan hangat netizen kerana nyanyiannya yang dikatakan sentiasa sumbang.

Takut berjumpa dengan orang

Disebabkan kritikan yang diterima, Keisya mengakui berasa takut untuk bertemu dengan orang dan sudah tidak memiliki sifat ceria seperti sebelum ini.

Sekarang ini setiap berjumpa dengan orang, saya jadi gementar. Sebenarnya di luar saya nampak baik-baik sahaja dan fokus melakukan persiapan misalnya tapi dalam hati terlalu takut.

Dedahnya lagi, dia turut berjumpa dengan pakar psikologi dan didignosis mengalami trauma.

Saya tak pernah berjumpa dengan pakar psikologi sebelum ini. Saya mengalami trauma selepas didignosis oleh pakar.

Bimbang dengan kritikan netizen

Apabila ditanya mengenai kegagalan mencapai tahap nada tinggi sehingga dikecam teruk, penyanyi berusia 19 tahun itu mengakui berasa hairan kerana setiap kali berlatih, dia mampu untuk menyanyi dengan baik.

Setiap kali latihan, nada yang tinggi semua mampu saya nyanyikan dengan baik, malah saya ada menggunakan nada yang lebih tinggi dari asal tapi tetap okey.

Dalam pada itu, Keisya turut mengatakan bahawa punca dia gagal menyanyi dengan baik ketika membuat persembahan adalah kerana dia berasa trauma dan bimbang dengan kritikan yang bakal diterima olehnya.

Tapi setelah berjumpa dengan pakar, saya mengambil tips yang diberikan olehnya iaitu fokus apabila menyanyi dan saya akan berasa tenang.

Sumber : Kompas.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/selalu-nyanyi-lagu-sendiri-tak-sedap-pakar-sahkan-keisya-levronka-sebenarnya-trauma