Sekali Lafaz Usop Sah Milik Nur Fatihah, Janji Jadi Suami Terbaik

![|650x400](upload://nRWqD4X2cTFl8ErcACHUT8YW3bs.jpeg)

Dengan sekali lafaz, penyanyi Usop sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Artikel Berkaitan: Mata Bakal Isteri Lebam, Usop Nafi Jadi Lelaki Dayus – ‘Tak Akan Saya Nak Pukul Tunang Saya’

Sah jadi suami isteri

![|650x431](upload://7rL4RgGbP7hDuz9RWNOfmY3u6ps.jpeg)

Dalam majlis akad nikah itu, Usop, 24, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.

Acara akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris, berwalikan bapa kepada Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bersaksikan abang Nur Fatihah, Muhammad Firdaus Md Hashim serta bapa Usop sendiri, Mohd Noor Ismail.

Selain itu, pemilik nama Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor memberikan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak pengantin perempuan.

Gembira segala urusan dipermudahkan, pelantun lagu Selamanya berjanji akan memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan.

Fokus kehidupan berdua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Ditanya mengenai cahaya mata, naib juara program Mentor Milenia 2017 berkata dia dan Nur Fatihah tidak terlalu terburu-buru dan menyerahkannya pada rezeki Allah.

Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya.

Sekadar info, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021 selepas dua tahun berkenalan.

Sumber: Instagram @usopofficial


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/hanya-sekali-lafaz-usop-sah-bergelar-suami-nur-fatihah