Segan Mengaku Sudah Berniqab, Penampilan Terbaru Diana Amir Raih Pujian – ‘Ikhlas Kerana Allah’

![|650x336](upload://2g9C5R8oqi2QcqglxwyO0A842lG.jpeg)

Menerusi Instagram Diana Amir, pelakon ini mengakui segan untuk mengupas lebih lanjut mengenai penampilan terbaharunya yang sudah berniqab. Menurut Diana, dia memohon doa peminat dan orang ramai agar hatinya terus terbuka mempelajari ilmu agama.

Bersangka baik dengan Allah

![|650x1065](upload://25UOeKz9v4Xa9L7lEDGUN7d7hpQ.jpeg)

Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada orang tanya saya hanya minta mereka doakan saya. Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib.

Ujar Diana, dia mahu mencari keberkatan dan keredaan Allah. Di samping itu, berniqab merupakan salah satu fasa dalam kehidupannya. Jelas Diana lagi, dia harus mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar dipermudahkan oleh-Nya.

Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah. Jadi saya harap doakan yang terbaik. Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang ikhlas. Semoga mendapat rahmat Allah. Perjalanan istiqamah paling penting untuk semua orang adalah dirinya sendiri. Kalau niat dia kerana Allah, InsyaAllah kita berjalan kepada Allah.

Sebagai hamba Allah, Diana memberi nasihat kepada semua agar bersangka baik dengan sang pencipta. Tambahnya, setiap individu akan dapat hikmah sekiranya mereka sentiasa beristiqamah.

Mula bertudung sekitar 2011

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir)

Buat pengetahuan korang, Diana Amir mulai bertudung sekitar tahun 2011 dan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dengan Mohd Habibbullah A Rahman. Sepanjang 9 tahun mendirikan rumah tangga, Diana dan suami telah dikurniakan tiga orang anak yang berusia tujuh hingga empat tahun.

Sumber: Diana Amir


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/segan-mengaku-sudah-berniqab-penampilan-terbaru-diana-amir-raih-pujian-ikhlas-kerana-allah