Sebulan Berbulan Madu, Mira Filzah & Suami Bakal Ke Eropah Minggu Depan – ‘Sejak Berkahwin Kami Memang Tak Sempat Lagi Bercuti Bersama’

![|650x400](upload://37PmXzCXFHi3YKo8TVkq1LNlNnP.jpeg)

Belum berkesempatan untuk ke luar negara sejak bergelar isteri, pelakon Mira Filzah memutuskan untuk bercuti panjang bersama suami tercinta, Wan Emir Astar.

Artikel Berkaitan:‘Tak Akan Sorok, Tunggu Waktu Tepat’ – Mira Filzah Jawab Dakwaan Hamil

Sebulan bercuti

![|650x551](upload://5jO8MaWgYcDYn43clryTAZw4dyc.jpeg)

Ketika ditemui OhBulan!, Mira, 28, menyatakan dia sudah merancang untuk bercuti dan berehat di Eropah selama sebulan bersama Emir, 31, bermula minggu hadapan.

Kata pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman, ini adalah peluang terbaik untuk berbulan madu memandangkan sempadan negara sudah dibuka.

Sejak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Sebelum ini, dalam negeri ja boleh pergi. Jadi, ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan luar negara sudah dibuka.

Mula minggu depan saya akan bercuti selama empat minggu ke Eropah. Salah satu destinasi adalah Finland, memang snowy punya tempat. Kiranya, ini adalah bulan madu dengan suami.

Mira ditemui ketika pelancaran telefon bimbit model baharu jenama Vivo V23e 5G di sebuah hotel terkemuka, pada petang Khamis.

Sampai bila nak tunggu Covid-19 berakhir?

![|650x637](upload://4dKT49788iOOB8Ue9JUDIXjwuma.jpeg)

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda akui timbul perasaan risau untuk bercuti ke luar negara. Namun, katanya lagi apa yang penting adalah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walau di mana sahaja berada.

Sejak kerajaan umum sempadan negara dibuka, memang saya minta dengan pengurus untuk kosongkan jadual. Sebenarnya, risau itu ada sebab banyak berita yang kita dengar.

Tetapi, sampai bila nak tunggu Covid-19 berakhir? Jadi, kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan SOP.

Terdahulu, Mira dan suami, Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sebulan-berbulan-madu-mira-filzah-suami-bakal-ke-eropah-minggu-depan-sejak-berkahwin-kami-memang-tak-sempat-lagi-bercuti-bersama