Scott’s Gummies Multivitamin Kini Ada Perisa Mangga, Memang Sedap!

Bergelar sebagai ibu bapa bukanlah satu perkara mudah dan kesihatan anak merupakan perkara utama perlu dititikberatkan supaya mereka mendapat nutrien secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat.

Kini, ibu bapa tak perlu bimbang kerana jenama nombor satu negara, Scott’s, memperkenalkan Gummies dengan Multivitamin kaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink dirumus khas untuk kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas.

Perisa mangga tarik minat si kecil

Menariknya, Scott’s Gummies dengan Multivitamin ini  boleh didapati dalam baharu iaitu perisa mangga, menyertai rangkaian perisa sedia ada seperti perisa Epal dan Tropika.

Menurut Pengurus Besar Kluster di Haleon MSB & Indo-China, pemilihan pelbagai perisa kerana kanak-kanak agak memilih dan hanya mempunyai pilihan tersendiri. Jadi, Scott’s Gummies dengan Multivitamin memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka.

Scott’s bekerjasama dengan Watsons Malaysia dan pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila mereka membeli-belah untuk rasa baharu Scott’s Gummies dengan Multivitamin daripada Watsons.

Selain itu, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya. Promosi eksklusif ini bermula hari ini, 15 September 2022 dan akan berakhir pada 26 Oktober 2022.

Musim terbaharu rancangan realiti popular

Turut diumumkan musim terbaru rancangan permainan realiti popular ‘Generasi Z’ Musim ke-2 dan ‘The Z Power’ Musim ke-3. ‘Generasi Z’ yang dihoskan oleh Harris Alif akan disiarkan pada hari Ahad, 18 September 2022, 7:00 malam manakala ‘The Z Power’ yang dihoskan oleh Owen Yap dan Jordan Sen akan disiarkan pada hari Sabtu, 17 September 2022, 9:00 malam di TV3 dan 8TV.

Majlis tersebut dimeriahkan oleh Scha Alyahya dan peserta rancangan permainan realiti, Generasi Z dan Z Power Kids. Peserta Generasi Z Musim ke-2 dan Z Power Kids Musim ke-3 mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan dan kompetitif.

Jangan lupa dapatkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin dalam pelbagai perisa boleh didapati di semua farmasi utama, ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol berisi 60 biji atau RM12.60 untuk satu pek 15 biji.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/scotts-gummies-multivitamin-kini-ada-perisa-mangga-memang-sedap