‘Saya Tak Terdesak Cari Jodoh Atas Talian’ – Tania Hudson

Masih solo pada usia 37 tahun, pelakon Tania Hudson tidak melihat sebagai satu isu yang besar kerana dia percaya dengan aturan Allah SWT.

Artikel Berkaitan: Natasha Hudson Kembali Bergelar Isteri

Belum sampai jodoh

Menurut Tania, dia tidak tergesa-gesa ingin mencari teman hidup hanya semata-mata bakal menjangkau usia 40-an. Katanya, tanggungjawab sebagai ketua keluarga bukan satu hal remeh dan bukannya boleh ‘tangkap muat’.

Mesti orang pelik, kenapa saya masih single sampai sekarang. Saya masih single macam lagu yang menjadi trending dalam TikTok, Maybe My Soulmate Died (ketawa).

Memang tiada sesiapa sekarang. Saya rasa masih belum dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul sesuai dan ada minat sama dengan saya.

Tak tahulah. Mungkin belum lagi (jodoh sampai). Saya percaya Allah tahu masa yang paling tepat untuk saya berkahwin.

Soal jodoh, saya memang sangat berhati-hati sebab perkahwinan adalah sesuatu yang serius. Tanggungjawab dan semua itu perlu hadir sama dalam hubungan suami isteri.

Tania ditemui ketika majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan di The Grounds Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Cari jodoh atas talian?

Pemilik nama Tania Nadira Hudson akui pada awalnya dia tidak kisah soal jodoh namun perasaan risau sudah timbul di sudut hati.

Biarpun begitu, adik kepada pelakon, Natasha Hudson tidak berani untuk menggunakan platform atas talian sebagai medium untuk mencari jodoh.

Dahulu saya tak kisah sangat pasal jodoh. Bila nak masuk usia 40-an, ada juga terdetik (bila nak sampai jodoh). Saya tak beranilah benda-benda macam itu semua (cari atas talian).

Saya tak suka dan saya taklah sampai terdesak ke arah itu. Saya masih berpegang dengan prinsip bahawa Allah lebih tahu segala-galanya.

Dalam pada itu, Tania ditanya sama ada Natasha pernah memberikan tip atau saranan tentang menamatkan zaman solo.

Tasha pun sedang belajar. Begitu juga semua orang. Pengalaman mematangkan kita semua. Jadi, kalau nak cakap tentang tip, tiadalah.

Saya rasa dia (Natasha) pun tahu saya pandai jaga dan bawa diri apa semua. Bagi saya, kadang-kadang, orang nasihat pun, kita yang mendepani kehidupan sendiri.

Selain Tania, filem arahan Syafiq Yusof turut dibintangi pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

Filem Abang Long Fadil 3 akan memulakan tayangan di seluruh pawagam bermula 8 September depan.

Sumber: Instagram @taniahudsonofficial


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/saya-tak-terdesak-cari-jodoh-atas-talian-tania-hudson