‘Saya Mohon Maaf Jika Ada Melukai Mana-Mana Pihak’ – Ben Amir Jalani Pembedahan

Foto: benamirr

Di Instagram, pelakon Ben Amir memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang duduk di atas katil hospital.

Artikel Berkaitan: Ben Amir Tak Pernah Lari Daripada Tanggungjawab, Sedia Bekerjasama Semula Dengan Pihak Elisa Vision

Artikel Berkaitan: Akibat Langgar Kontrak Berlakon Drama, Ben Amir Diperintah Bayar RM100k – ‘Semua Dah Selesai’

Saya mohon maaf

Foto: benamirr

Menerusi perkongsian di laman IG itu, pelakon drama Sweet Dreams itu telah memaklumkan tentang kondisi kesihatan dirinya. Di ruangan kapsyen, Ben memaklumkan akan menjalani pembedahan hari ini selain meminta semua mendoakan proses pembedahan itu berjalan lancar.

Sudah tiga minggu beransur sembuh. Esok (hari ini) adalah harinya saya akan menjalani pembedahan.

Saya akui agak gementar bila pikir pembedahan ini.

Saya ingin meminta maaf dengan semua orang dan memohon maaf jika ada yang melukai mana-mana pihak. Doakan yang terbaik untuk saya.

Tiada perkongsian lanjut mengenai kondisi kesihatan dirinya, Ben menulis dia hanya merancang untuk tidur banyak supaya kembali sembuh seperti biasa. Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir bin Sabaruddin juga sempat memohon maaf jika tidak sempat membalas mengenai perkongsian itu.

Sumber: benamirr


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/saya-mohon-maaf-jika-ada-melukai-mana-mana-pihak-ben-amir-jalani-pembedahan