Sarah Hildebrand Kesal Dipanggil Perempuan Sundal, Nekad Berhijrah Ke Amerika Syarikat

Pelakon Sarah Hildebrand meluahkan rasa kecewa apabila sering menerima komen hinaan daripada netizen hampir setiap hari.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Pahit Manis’ – Umum Bersara Dari Dunia Seni, Sarah Hildebrand Enggan Ditemu Bual

Komen paling menang!

Menerusi Instagram Stories, Sarah memuat naik satu komen yang memanggil dirinya ‘perempuan sundal’ gara-gara berkahwin dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen.

Kata Sarah, 32, ini adalah salah satu sebab utama dia meninggalkan negara Malaysia buat selamanya.

Mula kehidupan baru

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand menyatakan dia sudah bermigrasi ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini memberitahu menerusi satu hantaran di Instagram (IG), pada Rabu.

Saya diberkati dan sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk berhijrah dan memulakan kehidupan baru. Saya minta maaf kepada anda yang tidak mahu apa-apa selain meninggalkan Malaysia. Saya benar-benar faham dan bersimpati.

Saya harap satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara yang lebih sihat dan progresif untuk didiami. Saya harap mentaliti akan berubah supaya orang ramai tidak tertekan hidup sesama sendiri. Saya berharap yang terbaik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, Sarah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraanya daripada industri seni.

Sumber: Instagram @sarahhildebrand


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sarah-hildebrand-kesal-dipanggil-perempuan-sundal-nekad-berhijrah-ke-amerika-syarikat