Sale Akhir Tahun Di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Lebih Gempak, Ada Peluang Menang Toyota Vios!

![|1200x600](upload://fVYqODIQ16EtrHGHiNUWLUETGbx.png)

Dah masuk bulan Disember. Sekejapnya masa berlalu. Hujung tahun ni mesti banyak benda yang korang nak buat kan? Tak kisah la korang nak buat apa pun, yang penting korang kena jaga diri, jaga kesihatan ya semua.

Biasanya kalau hujung ni, mesti banyak shopping mall akan buat sale. Itu tak dinafikan la. Kalau korang nak shopping untuk hujung tahun, kami rekomen korang datang sini. Sale mereka setiap tahun memang best. Terbaik beb.

Jom datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, banyak promosi dan aktiviti best!

![|700x525](upload://e6t5TtfgBk0m8flwO3W0r26yt4V.jpeg)

Hari Krismas dah dekat. Mereka yang meraikannya mesti gembira punya. Elok sangat kalau waktu macam ni korang datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Selain promosi, banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat kat sini!

Apa yang korang boleh buat di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pada hujung tahun ni? Jom kita tengok!

Ambil gambar OOTD, ada dekorasi Krismas bertemakan salji yang menarik

![|1200x800](upload://jwGBCRLmYpB4h6oMczbUBJHUVLu.jpeg)

Cakap pasal musim Krismas, mesti la terfikirkan tentang salji. Tapi Malaysia mana ada salji, nak buat orang salji pun tak boleh. Jangan risau, di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kali ni, banyak dekorasi krismas bertemakan salji. Korang boleh ambil gambar OOTD dengan orang salji, pokok krismas dan sebagainya!

Shopping sepuasnya, peluang memenangi Toyota Vios berjenama baru!

![|624x468](upload://qHi5TLMzXjjkBrqTM7nFT9w0kRf.jpeg)

Tempoh masa: 15 November 2021 – 2 Januari 2022.

Dah datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kena la shopping puas-puas. Selepas shopping, korang jangan lupa tengok resit. Kalau korang berbelanja dengan minimum RM500 dalam maksimum DUA (2) resit, korang berpeluang untuk memenangi Toyota Vios berjenama baru!

![|1200x1742](upload://1U5rkYjyXIr4X9cJjwbc3JjDxe1.jpeg)

Macam mana nak sertai peraduan ni? Korang hanya perlu mengimbas kod QR dan isi borang penyertaan peraduan dalam talian untuk penyertaan. Mudah kan?

Main Flip & Win, dapatkan hadiah bernilai sehingga RM150,000!

![|700x700](upload://t8iFeuy0OlHMTE0u4fU9lgziwBA.jpeg)

Tempoh masa: 3-5, 10-12, 17-19, 24-26, 31 Disember 2021 & 1-2 Januari 2022, bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam sahaja.

Korang nak hadiah tak? Mesti la nak! Jadi, kena la datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Mereka nak bagi giveaway menarik untuk korang ni. Kalau korang berbelanja dengan minimum RM300 dalam maksimum DUA (2) resit, korang boleh main Flip & Win yang hadiahnya bernilai sehingga RM150,000!

Oh ya! Giveaway ni terhad kepada 300 pelanggan pertama yang layak dalam sehari. Siapa cepat dia yang dapat!

Tebus hadiah ekslusif sempena Krismas yang istimewa

![|624x624](upload://ukkNEPbL4F1o72Q2QHOOWEvLZZK.jpeg)

Tempoh Masa: 27 November – 26 Disember 2021.

Bagi korang yang berbelanja dengan minimum RM200 dalam maksimum DUA (2) resit, jangan lupa tebus hadiah ekslusif tau. Korang dapat bawa pulang Lencana Krismas Edisi Terhad ni. Memang comel gila ah!

Penebusan hadiah ini terhad untuk 50 pelanggan pertama yang layak dalam sehari. Sementara stok masih ada.

Derma hadiah untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim

![|700x700](upload://nSZjc7ys0oOlGggRGcYEQ8jxIQE.jpeg)

Bagi mereka yang meraikan Hari Krismas, semestinya hadiah akan diberikan buat orang tersayang. Krismas kali ni lebih bermakna kalau korang derma hadiah untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim. Mereka yang menerimanya mesti happy nanti.

Naikkan mood Krismas, jom enjoy persembahan caroling yang merdu!

![|700x700](upload://yBg2PNqnag4Feg9yQIVlA4mAmBa.jpeg)

Tempoh masa: 18, 19, 24, 25 Disember 2021 bermula jam 4 petang hingga 5 petang.

Macam mana nak naikkan mood Krismas tahun ni? Haa.. Korang datang je ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Pada tarikh tertentu, korang dapat tengok persembahan caroling yang menarik tau. Confirm korang enjoy punya.

Tebus baucar tunai, ada ganjaran pulangan tunai segera wei!

![|630x945](upload://ckBjS5f1AhTKhhgXbbySRPR4lYS.jpeg)

Masa: 12 tengah hari hingga 7 malam.

Semasa perayaan Krismas bermula 24 hingga 26 Disember 2021 dan Countdown 2022 Sale bermula 31 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022, korang boleh tebus baucar tunai tau. Hanya perlu berbelanja dengan minimum RM200 dalam maksimum DUA (2) resit. Tertakluk pada terma dan syarat!

Ini antara promosi menarik sempena sale akhir tahun ni Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

Haa.. Sekarang la masa yang dinantikan. Korang mesti tak sabar nak tahu promosi yang ada sempena sale akhir tahun di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kan? Dah nama pun sale, mesti la promosi gempak belaka. Meh tengok!

Carlo Rino (7 hingga 19 Disember 2021)

![|630x630](upload://wtfXz3cAuMDoLZeivwC9CtPDfXV.jpeg)

Wahai fashion lover semua! Korang boleh dapatkan tawaran menarik sekarang di Carlo Rino, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Handbag ditawarkan dengan diskaun sehingga 70% dan kasut ditawarkan dengan harga bermula RM39 je. Paling best, ada surprise untuk korang!

![|630x630](upload://bezXHQFXBxnWcpfp72nhOv7XKWc.png)






Kalau korang berbelanja dengan minimum RM200 dan ke atas dalam satu resit, korang boleh dapat hadiah percuma tau. Tawaran ni hanya bermula 7 hingga 19 Disember 2021. Kena cepat sementara stok masih ada. Lokasi mereka di Tropical Plaza A, Ground Floor. Tertakluk pada terma dan syarat!

Adidas (7 hingga 19 Disember 2021)

![|511x759](upload://5XTnaienvwY21fUkD7vw558Xl1V.jpeg)

Siapa kat sini peminat Adidas? Angkat tangan sikit. Ada diskaun 60% untuk produk terpilih di Adidas, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.






Selain tu, korang boleh dapat aksesori percuma dengan pembelian RM250 dan ke atas pulak tu. Takkan tak nak kot? Tertakluk pada terma dan syarat!

C Square (7 hingga 19 Disember 2021)

![|630x630](upload://3Vne5MehWNGsUXycT9kDSfiKimR.png)

Korang yang pernah datang Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sebelum ni mesti tahu pasal C-Square. Kat sini ada banyak pilihan kasut, bag dan jam tangan untuk korang bergaya. Stylo habis!

Buat pelanggan yang berbelanja di C-Square, korang akan dapat baucar kedai RM5 tau. Handbag kat sini pun ditawarkan dengan harga RM39 dan RM69 je. Korang boleh beli 2 pasang kasut perempuan dengan harga RM49. Selain diskaun 50% untuk kasut lelaki, korang boleh beli 2 pasang pada harga RM69. Syok la!

Westime (21 Disember hingga 2 Januari 2022)

![|630x630](upload://iFOSKb3oTOdi9POXrGENpKTigjr.png)

Tengah cari jam tangan baru ke tu? Elok la datang ke Westime di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni. Sale akhir tahun ni ada diskaun sehingga 70%. Ada jenama terkemuka seperti SEIKO, FOSSIL, ALBA dan lain-lain. Best!

SEMBONIA (21 Disember hingga 2 Januari 2022)


Ladies confirm tahu Sembonia ni jenama apa. Lagi-lagi yang suka handbag tu. Kalau korang datang ke Sembonia di Westime di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, mereka tengah buat penghabisan stok tau.

Antara promosi yang ada seperti diskaun sehingga 70% dan handbag ditawarkan dengan harga bermula RM99. Ada tawaran beli 3 pasang kasut lelaki dan perempuan dengan harga RM160 pulak tu. Murah gila!

Tunggu apa lagi? Jom pecut ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang! Korang mesti tak nak terlepas promosi dan aktiviti menarik kat sini. Lebih-lebih lagi ada sale akhir tahun. Memang tak tahan tengok!

![|630x473](upload://6FjalF1S6g0e00bsd02Q3VfPdS0.jpeg)

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Alamat: Persiaran Komersial, KLIA, 64000 Sepang, Selangor
Waktu pembukaan: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari

Nak pergi ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang? Lebih mudah kalau korang klik SINI untuk tahu arahnya. Selamat shopping di akhir tahun. Jangan lupa jaga SOP guys!

Untuk info lebih lanjut tentang promosi hebat yang ada di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, korang boleh klik mana-mana laman sosial media mereka di bawah ni:


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/sale-akhir-tahun-di-mitsui-outlet-park-klia-sepang-lebih-gempak-ada-peluang-menang-toyota-vios