Saksi Dakwa Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Dengan Jumlah Cili Yang Banyak

Saksi pendakwaan kelapan iaitu Suhana Zam mendedahkan bahawa remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, disuap sepinggan nasi goreng dengan jumlah cili yang banyak secara paksa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Artikel berkaitan : Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Kebenaran Beroperasi Semula

Artikel berkaitan : Saksi Setuju Bella Melecur Kena Air Termos, Bukan Penapis Air

Artikel berkaitan : Rakan Baik Siti Bainun Dedah Bella Pernah Beritahu Dicili & Dijirus Dengan Air Panas

Bella disuap sepinggan nasi goreng dipenuhi cili

Pendedahan berkenaan dibuat oleh saksi ketika disoal siasat Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut saksi berusia 40 tahun itu, tindakan Siti Bainun itu turut disaksikan beberapa lagi penghuni yang berada di Rumah Bonda ketika mereka makan tengah hari.

Saya nampak Siti Bainun letak sepinggan nasi goreng dan cili dipotong yang pada saya nisbah cili tu banyak berbanding nasi.

Dia (Siti Bainun) gaul dan nampk dia pegang dagu Bella untuk suapkan Bella. Bella mengelak tapi terpaksa makan sebab dipaksa. Dalam hati saya kenapa jadi macam ini?

Walau bagaimanapun, saksi yang terkejut pada ketika itu tidak berkata apa-apa kerana bimbang serta tidak pasti bagaimana reaksi Siti Bainun jika dia bercakap mengenai tindakan wanita terbabit.

Dalam pada itu, Suhana turut memaklumkan bahawa dia melihat Bella dalam keadaan yang tidak terurus dengan kesan lebam pada muka remaja berkenaan ketika datang ke Rumah Bonda pada 13 Jun 2021 selepas diajak oleh Siti Bainun untuk makan lauk king crab.

Rambut dipotong pendek

Tambahnya, dia turut meluahkan rasa terkejut apabila melihat rambut Bella sudah dipotong pendek dengan potongan yang tidak kemas pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Saya nampak bahagian kanan muka Bella ada lebam sebesar tapak tangan dari atas kening hingga bawah mata. Muka Bella ketakutan sangat dan ini adalah keadaan Bella paling teruk, rambut ‘tobek’ dan berbaju lengan panjang.

Ketika itu saya agak emosional dan ada bertanyakan kepada Siti Bainun kenapa teruk sangat keadaan Bella. Siti Bainun memaklumkan Bella bergaduh (dengan penghuni lain) dan hanya letak ubat sendiri tanpa bawa ke klinik.

Dalam pada itu, saksi turut memaklumkan bahawa dia dan beberapa rakan yang rapat dengan Siti Bainun mengambil masa untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai keadaan Bella kerana bimbang remaja terbabit akan disorokkan.

Sumber : Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/saksi-dakwa-bella-dipaksa-makan-nasi-goreng-dengan-jumlah-cili-yang-banyak