Rumah Ni Ada Fasiliti Yang Cool Gila Geng! Siap Gymnasium Aqua & Bilik TV Ala Panggung Wayang!

![|650x487](upload://yX4N6waTeEN9NMQCw9ZgAxQldcR.gif)

Bila sebut tentang rumah idaman kita semua impikan rumah yang ada pelbagai kemudahan kan? Kalau boleh nak ada kolam renang, gimnasium, taman permainan sekali dengan court futsal dalam kawasan rumah korang.

Bila dah ada semua ni senanglah, tak payah keluar ke tempat lain semata-mata nak gunakan kemudahan tu. Jimat minyak kereta geng!

Tapi mana nak cari rumah yang ada macam-macam jenis kemudahan macam ni? Kalau nak buat sendiri, pening kepala fikir cost dia..

LBS SkyLake Residence khas untuk korang yang nak upgrade lifestyle!

![|630x472](upload://fbItKcAUhCozm7084IO1Izul8BN.png)

LBS SkyLake Residence adalah kediaman tepi tasik mampu milik yang terletak di Puchong. Dekat sini korang bukan je dapat sebuah rumah yang super selesa untuk didiami tapi dapat juga upgrade lifestyle korang dengan segala kemudahan yang tersedia khusus untuk gaya hidup aktif golongan muda tak kira yang berkeluarga ataupun tidak.

Lebih 70 kemudahan tersedia termasuk kolam renang, gimnasium akua, kolam bola keranjang, gelanggang futsal, taman buaian, gimnasium luar, jakuzi, laman perkelahan, taman pagar sesat, gelanggang bola keranjang, trek joging dan macam-macam lagi!

![|630x473](upload://fhlVI46hceagAd2vj0U16BtXN8E.jpeg)

Ada juga fasiliti yang disediakan khas untuk korang menghiburkan tetamu. Antaranya kafe dalaman, bilik permainan, gelanggang boling kanak-kanak, padang permainan pengembaraan, medan mainan air dan kolam kanak-kanak. Dah macam taman teman permainan sebenar tapi versi rumah sendiri punya guys!

Tak cukup dengan tu ada pula rimba BBQ, sudut Wifi serta bilik TV yang ala-ala panggung wayang! Memang syok habis untuk korang berkumpul dengan yang tersayang. Paling penting semuanya terletak dalam kawasan kediaman!

![|630x289](upload://5Mlkt2LpQuh8lo62K2qbaRT8myR.jpeg)

Mengetengahkan konsep ‘Nature & Nurture, Both Are Yours‘ korang akan dapat menikmati kedua-dua kehidupan sofistikated bandar dan kedamaian alam semula jadi yang mengelilingi kawasan sekitar. 

![|630x473](upload://vFvTQwEbAeFikjU1gTnUlN16EG3.jpeg)

Tak payah dah korang nak memandu jauh ke luar kota sebab nak berehat sambil menikmati pemandangan rimbunan hijau, sekarang dekat rumah sendiri pun dah boleh rasa macam tu okay!

Bukan dekat kawasan boring yang tak ada pembangunan

![|630x347](upload://kylB3Iyn6QmhtvgUSsAabMF3cRd.jpeg)

LBS SkyLake Residence terletak hanya 15 minit dari Bandar Puteri Puchong. Sementara 25 minit ke Petaling Jaya, Bukit Jalil dan bandar Sunway serta hanya 30 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia boleh juga diakses dengan mudah melalui Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Maju (MEX). Senanglah korang nak pergi kerja, tak ada lah kena bangun awal pagi sangat kalau nak ke office di luar kawasan Puchong tu. 

Pangsapuri perkhidmatan ni mempunyai dua blok dengan keseluruhan 746 buah unit. Ia hadir dalam beberapa pilihan keluasan dari 545 kaki persegi hingga 1,063 kaki persegi pada harga permulaan serendah RM250,000.

![|630x305](upload://abr6noWfTumix8g4BimaExwRdqQ.jpeg)

Pusat membeli belah & pasaraya terkemuka adalah kawasan yang mudah diakses dari LBS SkyLake Residence

LBS SkyLake Residence dekat je dengan kejiranan lain yang lebih matang termasuk Puchong, Sunway, Putrajaya dan Cyberjaya. Jadi korang bolehlah ke pelbagai pusat membeli-belah, hotel, pusat pelancongan, institusi pendidikan dan pusat perubatan yang korang suka.

Ciri keselamatan dekat sini pun tiptop ya! Pintu masuk dan keluar LBS SkyLake Residence mempunyai akses tunggal yang dikawal pada setiap masa bagi memastikan keselamatan setiap penduduk.

Macam mana? Teruja tak nak ada rumah sendiri pada harga mampu milik dengan bermacam-macam fasiliti tersedia? Jom tempah sekarang melalui wakil jualan LBS SkyLake Residence di talian +603 7877 7333.

Atau layari laman web rasmi LBS SkyLake Residence di SINI untuk sebarang maklumat lanjut. 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rumah-ni-ada-fasiliti-yang-cool-gila-geng-siap-gymnasium-aqua-bilik-tv-ala-panggung-wayang