‘Rumah Empat Tingkat Siap Dengan Lift Untuk Keselesaan Keluarga’ – Janna Nick

Selebriti popular, Janna Nick, menjadi tumpuan warganet apabila berjaya mengumpul aset hartanah pada usia muda dengan memiliki kediaman kedua.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Teruja Dapat Beli Rumah Kedua – ‘Doakan Yang Ketiga Pulak Okay’

Pelaburan berbaloi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Ketika dihubungi, Janna, 27, bersyukur apabila berjaya membeli rumah sekali lagi biarpun memakan masa selama dua tahun.

Pemilik nama Nurul Jannah Muner berkata rumah kedua ini sangat berbaloi pelaburannya kerana lebih mewah untuk keselesaan keluarga.

Dua tahun proses saya nak mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, jumpa juga yang bersesuaian dan bagi saya paling berbaloi.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur tapi tetap nak kena kerja keras lagi. Sebab semakin banyak komitmen, makin bertambah la kerja.

Untuk keselesaan keluarga

Dalam pada itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 memberitahu rumah mewah itu merupakan persediaannya untuk membesarkan keluarga.

Teman wanita kepada aktor Dini Schatzmann ini menjangkakan akan pindah masuk pada penghujung tahun hadapan.

Mungkin persediaan untuk membesarkan keluarga. Saya pilih pun untuk keselesaan keluarga saya yang ramai. Adik-adik lagi, mak semua nanti tinggal sekali.

Sekarang rumah itu belum lagi diubah suai… kena tunggu siap ubah suai sepenuhnya barulah pindah masuk. Mungkin hujung tahun hadapan.

Terdahulu, pelantun lagu Gatal itu berkongsi video ruang dalam rumah empat tingkat miliknya yang juga mempunyai lift di Instagram (IG) miliknya.

Untuk info, Janna Nick telah membeli rumah pertamanya yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017.

Sumber: Instagram @Jannanick


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rumah-empat-tingkat-siap-dengan-lift-untuk-keselesaan-keluarga-janna-nick