Rumah Bersebelahan Dengan Awal Ashaari, Lufya Omar Dedah Pihak ‘Management’ Gila Kuasa – ‘Buat Macam Kami Ini Tahanan Di Pulau’

Pelakon Lufya Omar yang merupakan jiran rumah kepada pengacara Awal Ashaari mendedahkan dia juga terpaksa menghadapi pengalaman buruk dengan pihak pengurusan perumahan itu.

Artikel Berkaitan: Dihalang Masuk Rumah Sendiri Sebab Tunggakan Yuran ‘Maintenance’, Awal Ashaari Mengaku Alih Palang Pagar Guna Tangan

Rasa macam tahanan di pulau

Menurut Lufya, dia juga pernah dihalang untuk masuk ke kawasan perumahan itu kerana terlambat membayar yuran ‘maintenance’ yang berpunca daripada pihak pengurusan.

Cerita pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar, pergerakan aktiviti mereka dikawal ketat sehinggakan ada individu ingin menghantar ‘blender mixer’ kepadanya perlu dimaklumkan dahulu kepada pihak pengurusan.

Saya pun pernah alami benda yang lebih kurang sama. Saya pernah dihalang masuk sebab lambat bayar yuran selenggara. Saya bukan sengaja bayar lambat, tapi ada masalah management (pengurusan) itu.

Malah, orang nak hantar blender pun, saya nak kena beritahu pengurusan..semua benda nak kena minta izin pengurusan. Mungkin dia nak menjaga keselamatan tapi keterlaluan pula. Buat macam kami ini semua tahanan di pulau.

Dakwa penyanyi berumur 37 tahun, ada seorang pekerja wanita di pengurusan itu yang bersikap biadab dengan penduduk di situ.

Bagi saya, ini bukan masalah pihak pengurusan tapi pekerja wanita itu yang kurang ajar! Ramai penduduk di kawasan perumahan ini memang tak puas hati dengan dia. Bagi saya, dia memang biadab!

Jiran belakang rumah saya pun marah dengan pekerja wanita itu yang masuk ke rumahnya yang sedang diubah suai tanpa izin.

Bukan jenis suka gaduh

Dalam pada itu, pelakon drama Jalan Kembali menyifatkan suami kepada aktres Scha Alyahya ini baik serta tidak pernah mengganggu orang lain.

Saya berjiran dengan Awal.. rumah saya bersebelahan dengan rumah dia. Kawasan kejiranan kami memang sangat bagus.

Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain. Netizen salah faham ingat dia langgar palang pagar dengan kereta.

Tapi sebenarnya dia sekadar naikkan palang guna tangan sebab nak masuk rumah ambil barang. Memang la dia tak bayar yuran pengurusan tapi kenapa nak halang dia masuk rumah sendiri?

Sepatutnya kalau dia tak bayar, hantar la surat amaran dahulu. Lagipun, bukannya Awal menyewa di situ tapi memang rumah dia.

Pada Isnin, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan dibenar diikat jamin RM2,000, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Julai.

Mengikut pertuduhan, Awal melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan nilai kerugian dianggarkan RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun atau tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) pada hari sama, Awal mengaku bertindak mengalih palang ‘gate’ menggunakan tangannya selepas permintaan untuk masuk ke kediaman sendiri ditolak gara-gara ada tunggakan beberapa bulan yuran pengurusan.

Sumber: Instagram @lufyalaana


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rumah-bersebelahan-dengan-awal-ashaari-lufya-omar-dedah-pihak-management-gila-kuasa-buat-macam-kami-ini-tahanan-di-pulau