Rumah Baru Raffi Ahmad & Nagita Mewah, Siap Ada Lif Khas Untuk Kereta

![|650x400](upload://V0BIyMAm83QyAda04DMm9QKDSK.jpeg)

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pasangan selebriti Raffi Ahmad dan Nagita Slavina kini dalam proses menyiapkan rumah baru mereka di Kompleks Andara.

Artikel Berkaitan: Bagi Duit Belanja RM58,000 Sebulan, Raffi Ahmad Puji Isteri Tak Boros

Kos rumah 29 juta

![|650x704](upload://oNiaaphb1vOU4n2C0kqVXmQufOS.jpeg)

Difahamkan kos yang ditanggung Raffi untuk membina rumah barunya sekitar RM29,184,103 atau Rp 100 bilion.

Menerusi kandungan video di saluran YouTube Rans Entertainment, Raffi mengajak Nagita Slavina untuk meninjau proses pembinaan rumah baru mereka.

Ada lif untuk kereta

![|650x911](upload://g5W3nrWjfenO1X6qZorgdoQ4S05.png)

Dalam rakaman tersebut dapat dilihat rumah baru Raffi dan Nagita sudah separuh siap. Kemudian, Raffi membawa Nagita untuk melihat ruang bilik, ruang tamu dan tingkat bawah tanah.

Apa yang menarik adalah ruang bawah tanah itu dilengkapi lif yang disediakan khas untuk kereta.

Lif ini boleh muatkan dua kenderaan sekaligus. Sebenarnya kalau diparkir dekat-dekat (di basement), lapan kenderaan boleh masuk. Mungkin boleh parkir 10.

Dalam pada itu, pemilik nama Raffi Faridz Ahmad mendedahkan dia akan merobohkan rumah yang didiami sekarang sejurus setelah rumah itu siap.

Terdahulu, Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun. Nagita kini sedang sarat hamil anak kedua.

 

Sumber: YouTube Rans Entertainment & Instagram @Raffinagita1717


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rumah-baru-raffi-ahmad-nagita-mewah-siap-ada-lift-khas-untuk-kereta