Rosyam Nor Sedih Kucing Hilang, Tawar Ganjaran RM1,000 Kepada Individu Yang Jumpa – ‘Saya Dah Rindu Minta Dipulangkan Semula’

![|650x400](upload://9LSRYQ4gXsGxwwyNrGLrPc0fN18.jpeg)

Bagi mereka yang merupakan pencinta kucing, semestinya akan terkilan dan terkesan apabila kucing kesayangan yang dipelihara sejak kecil tidak pulang ke rumah.

Itu yang sedang dirasai pengarah dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor selepas kucing kesayangannya, ‘Midnight’ hilang sejak 2 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: 32 Tahun Tunggu Kehadiran ‘Hero’ Dalam Keluarga, Rosyam Nor Gembira Anak Kedua Selamat Bersalin Bayi Lelaki – ‘Pewaris Castello Ni Datuk’

Minta dipulangkan semula

![|650x550](upload://uCGCzrErmeUgF1rYeFedFAYIxro.jpeg)

Menurut Rosyam, 55, berkata dia dan seluruh ahli keluarga sangat terasa kehilangan kucing berusia lima tahun itu.

Pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu agar memulangkan semula dan ganjaran akan diberikan sebanyak RM1,000.

Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun.

Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia… seluruh keluarga rasa kehilangannya.

Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula… tolong.

Ada ganjaran wang tunai

![|650x1142](upload://biX4llHduyJ9JuJl8TJN80xjAIm.jpeg)

Sebelum ini,pelakon filem KL Menjerit memuat naik gambar ‘Midnight’ serta ciri-ciri bagi memudahkan proses untuk mencari di Instagram Storiesnya.

Kucing hilang. Ganjaran RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang.

Sumber: Instagram @iamrosyam


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rosyam-nor-sedih-kucing-hilang-tawar-ganjaran-rm1000-kepada-individu-yang-jumpa-saya-dah-rindu-minta-dipulangkan-semula