Rogol & Bawa Lari Gadis 14 Tahun, Bapa Mangsa ‘Cekup’ Suspek Hantar Balai Polis

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dari Surabaya, Indonesia bertindak menangkap dua suspek yang dipercayai merogol dan melarikan anak perempuannya sebelum menyerahkan kepada pihak polis.

Bapa sendiri tangkap suspek

Foto: Kompas

Menerusi laporan Kompas, ketika insiden tersebut berlaku si bapa mendapati anaknya CLB (14), berada di Kecamatan Kesamben, Kabupaten Blitar, bersama teman lelakinya P (23). Susulan daripada itu, lelaki ini bersama ahli keluarganya pergi ke tempat di mana anaknya berada.

Bercerita lebih lanjut, si bapa bertindak ‘menangkap’ P yang dipercayai membawa lari dan merogol anaknya. Bukan itu sahaja, seorang lelaki AN, 23 turut ditahan berikutan dipercayai merogol mangsa (CLB) ketika berada bi Blitar.

Ujar Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Blitar, AKP Tika Pusvita Sari bapa kepada mangsa sendiri menyerahkan kedua-dua suspek kepada Polis Surabaya.

Dalam tahanan polis

Sekadar gambar hiasan

Ujar Tika lagi, kes bermula apabila P melarikan mangsa ke kawasan Kabupaten Blitar selama kira-kira dua minggu tanpa disedari oleh ibu bapa CLB.

Kini, suspek telah pun ditahan bagi membantu soal siasat. Jika sabit kesalahan suspek berdepan hukuman penjara antara lima hingga 15 tahun penjara.

Sumber: Kompas


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/rogol-bawa-lari-gadis-14-tahun-bapa-mangsa-cekup-suspek-hantar-balai-polis