Ritual Tolak Banjir Difatwa Haram, Raja Bomoh Nak Saman Malu RM300 Juta

![|650x524](upload://hl4VsJmsDCXXeOn67OkZpJc0r8I.png)

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh dipercayai sedang membuat satu ritual untuk menolak musibah banjir bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Zaleha. Namun begitu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kerta siasatan mengenai ritual berkenaan.

Artikel berkaitan : Viral Video Lakukan Ritual ‘Tolak’ Banjir, Raja Bomoh & Puteri Zaleha Disiasat

Terbaharu, Raja Bomoh dilaporkan ingin menyaman jabatan yang mendakwa dirinya melakukan perbuatan khurafat dan syirik.

Buat ritual untuk tolak banjir

![|650x567](upload://y6fMhaP38SEpNA19kCPQb9WmSFq.png)

Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mendakwa apa yang berlaku di Teluk Intan, Perak itu adalah kerana Allah SWT demi mengelak daerah berkenaan ditimpa musibah banjir dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan menggunakan petua orang terdahulu.

Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan menggunakan daun serta kayu dilepaskan (ke sungai).

Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti.

Walau bagaimanapun, Ibrahim telah berbincang dengan peguamnya dan bakal menyaman sebanyak RM300 juta kepada jabatan yang mendakwa dirinya melakukan perbuatan khurafat dan syirik.

Dalam pada itu, dia turut mengatakan bahawa sepatutnya jabatan berkenaan perlu memanggilnya terlebih dahulu untuk berbincang dan menegur jika perbuatannya itu salah atau melanggar Hukum Syarak.

Susulan daripada kejadian itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada Raja Bomoh terbabit pada pukul 12.30 malam.

Fatwa pengharaman upacara perbomohan

![|650x576](upload://irCCkzgQEOpQ8f6AYfpW7FIN9k4.jpeg)

Menerusi fatwa yang dikongsikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Facebook, upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Raja Bomoh itu dengan menggunakan objek-objek tertentu adalah berlawanan dengan Hukum Syarak serta haram.

Bahawa upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan objek-objek tertentu seperti Sangkar Burung Cenderawasih, Tebu Salak Hitam, Bubu, Teropong Buluh Kuning, Air Telaga Buta, Air Berlaga Simpang Tiga atau tanpa menggunakan apa-apa objek, sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya, adalah berlawanan dengan Hukum Syarak dan haram.

Sehubungan dengan itu, pihak JAIPk menasihatkan agar masyarakat di luar sana untuk tidak terpengaruh serta menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat.

Ingin saman malu

Sumber : KosmoDatok Ibrahim Md Zin, Jabatan Agama Islam Perak


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ritual-tolak-banjir-difatwa-haram-raja-bomoh-nak-saman-malu-rm300-juta