Risau Nak Tinggalkan Dekat Rumah, Emma Maembong Bawa Anak Pergi Shooting

![|650x475](upload://qYmaFxuBkWXAtUyGVmpohJyYhMB.jpeg)

Apabila sudah bergelar sebagai seorang ibu, pasti akan mengalami situasi di mana sukar untuk berenggang dengan anak. Begitu juga dengan Emma Maembong, dia mengakui sukar untuk meninggalkan anaknya walaupun setahun bergelar ibu.

Artikel berkaitan: ‘So cute..’ – Kongsi Foto Di Instagram, Emma Maembong Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sukar untuk tinggalkan anak

![|650x344](upload://7oXeLCSyiIbO0oydeYN9r9lRXRT.jpeg)

Menerusi laporan Harian Metro, Emma Maembong, 29, berkata dia lebih selesa menjaga anaknya sendiri Shariq Gabriel yang sudah berusia setahun itu. Dia juga berkata sikapnya sebegitu bukan kerana tidak percaya orang lain, tetapi disebabkan begitu menyayangi anaknya kerana baru bergelar ibu.

Sejak menjadi ibu, memang susah untuk saya tinggalkan anak. Walaupun dia okey saja, tapi saya sendiri tidak bersedia dan tak biasa untuk tinggalkannya.

Biasalah, saya pun baru saja menjadi ibu. Tetapi apabila difikir-fikirkan semula, saya juga yang susah nanti jika terlalu obses dengan anak sendiri dan dia pula asyik nak melekat dengan saya setiap masa.

Tambahnya lagi, dia berhadapan dengan kesukaran untuk memberi fokus kepada karier lakonannya kerana asyik teringatkan anak di rumah, jadi untuk jalan yang mudah dia mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke lokasi penggambaran supaya hatinya tenang ketika bekerja.

Sebagai ibu, saya percaya kita akan menjaga anak lebih daripada orang lain. Daripada asyik fikir anak dah makan ke belum, dia buat apa di rumah, menyebabkan saya akhirnya ambil jalan pintas dan bawa anak ke lokasi. Tapi, tak selalulah kerana perlu melihat juga tempat tu sesuai dan selesa untuk bayi. Namun, apabila anak ada dekat dengan saya baru boleh bekerja, hati pun tenang dan selesai masalah.

Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar, 33 pada 20 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak sulung pada 8 November tahun lalu.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/risau-nak-tinggalkan-dekat-rumah-emma-maembong-bawa-anak-pergi-shooting