Ria Ricis Hamil Anak Sulung, Teuku Ryan Terus Cium & Sujud Syukur

Bakal bergelar ibu, pelakon dan Youtuber terkenal Ria Ricis berkongsi berita gembira mengumumkan dirinya kini sedang hamil.

Artikel Berkaitan: Ustazah Oki Setiana Dewi Menangis Ria Ricis Berubah Lepas Kahwin – ‘Saya Perlu Adaptasi Dengan Keadaan Sekarang’

Hamil lima bulan

Menerusi hantaran di Instagram, Ria meluahkan rasa syukur dikurniakan rezeki anak selepas empat bulan mendirikan rumah tangga bersama Teuku Ryan.

Adik kepada Ustazah Oki Setiana Dewi ini juga memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Alhamdulillah, Allah titipkan bayi di badan saya. Tak perlu sorok-sorok lagi. Akhirnya si baby sudah diketahui semua.

Mohon doakan ya teman-teman semua, semoga diberikan kesihatan untuk kami. Terima kasih suami, Tengku Ryan.

Menerusi hantaran tersebut, Ria Ricis berkongsi foto memegang alat ujian kehamilan sambil tersenyum dipeluk erat oleh suami tersayang.

Menangis terharu

Dalam pada itu, di Youtube Ria Ricis turut memuat naik rakaman video momen pertama kali dia memberitahu Tengku Ryan mengenai dirinya sedang berbadan dua.

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat turut sama teruja dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Untuk rekod, Ria Ricis dan Tengku Ryan berkahwin pada 12 November tahun lalu.

Sumber: Instagram @riaricis1795 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/ria-ricis-hamil-anak-sulung-teuku-ryan-terus-cium-sujud-syukur