Rezky Aditya Buka Mulut Isu Anak Luar Nikah, Sedia Buat Ujian DNA Untuk Buktikan

Selepas sekian lama mendiamkan diri, pelakon Indonesia Rezky Aditya tampil memberi penjelasan mengenai isu dia mempunyai seorang anak luar nikah dengan wanita bernama Wenny Ariani.

Artikel Berkaitan: Enggan Buat Ujian DNA Walaupun Muka Seiras, Artis Indonesia Ini ‘Terciduk’ Bila Mahkamah Sahkan Memang Anak Kandung

Sedia pikul tanggungjawab

Sambil ditemani isteri tercinta, Citra Kirana, Rezky menyatakan dia sukarela untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti Naira Kaemita Sasmita atau dipanggil Kekey.

Rezky, 37, akan melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan memberi nafkah kepada Naira sekiranya keputusan membuktikan dia adalah ayah kandung.

Perkara tersebut diberitahu menerusi akaun Youtube Ciky Citra Rezky, pada Jumaat.

Di sini saya ingin memberitahu saya bersedia untuk melakukan ujian DNA dengan Naira. Ini semua saya lakukan atas dasar kemanusiaan dan juga untuk menjawab keraguan atas hubungan saya dengan Naira.

Saya menegaskan bahawa saya akan bertanggungjawab dan melaksanakan kewajipan saya sebagai ayah jika ujian DNA boleh dilakukan dan keputusannya membuktikan saya ayah kandung kepada Naira.

Saya akan menyayangi dan juga memberi nafkah kepada Naira.

Maafkan kesalahan masa lampau

Dalam pada itu, pelakon sinetron Malin Kundang 2 turut meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia, keluarga serta peminat yang terkesan dengan kontroversi panas.

Akhir kata, saya memohon maaf atas masa lalu. Di saat ini, saya sebagai ketua keluarga wajib untuk memastikan isteri dan anak saya dalam keadaan bahagia.

Sebelum ini, Wenny mendedahkan kepada umum dia pernah bersekedudukan dengan aktor tersebut dan mempunyai zuriat bersama. Wenny juga memberitahu dia membesarkan kanak-kanak itu sendirian dan kini nekad untuk menuntut hak pengakuan.

Rezky berkahwin dengan Citra Kirana di Bandung pada 1 Desember 2019 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Keene Atharrazaka Aditya.

Sumber: Youtube Ciky Citra Rezky


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rezky-aditya-buka-mulut-isu-anak-luar-nikah-sedia-buat-ujian-dna-untuk-buktikan