Remaja Perempuan Tolak Lakukan Seks Dicekik Hingga Mati Sebelum Kaki Dipotong, BF Mengaku Sakit Hati

Hanya kerana enggan melakukan hubungan seks, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di Indonesia dibunuh dengan kejam. Lebih mengerikan lagi apabila kaki mangsa dipotong oleh kekasihnya.

Suspek potong kaki mangsa

Seorang pelajar sekolah menengah yang dikenali dengan nama samaran M di Bantaeng, Sulawesi Selatan menjadi mangsa pembunuhan mengerikan oleh teman lelaki yang berusia 17 tahun.

Mayat mangsa ditemui pada 11 September lalu di sebalik batu dalam keadaan tidak sempurna kerana kakinya dipisahkan daripada badan di Sungai Biangloe, Kabupaten Bantaeng.

Menurut Ketua Polis Bantaeng, AKBP Andi Kumara, mangsa telah pergi ke sekolah, namun tidak pulang ke rumah. Susulan daripada itu, ahli keluarganya membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Minggu lalu mayat mangsa ditemui di tempat bermandi-manda Eremerasa. Mangsa ditemui oleh pengunjung lain dalam keadaan reput dan kakinya terpisah dari badan.

Bunuh sebab kekasih tak nak lakukan seks

Sementara itu, pihak polis menahan teman lelaki mangsa yang juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah di Kabupaten Bantaeng.

Teman lelaki mangsa telah mengaku perbuatannya. Mangsa dibunuh dengan cara dicekik kemudian kaki dipotong dengan menggunakan batu.

Motif pembunuhan adalah kerana mangsa dikatakan enggan melakukan hubungan seks dengannya sebelum suspek bertindak mencekik mangsa sehingga mati. Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan turut mengakui sakit hati kerana teman wanitanya itu mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyinggung perasaannya.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

Sumber : Detik.com, Memomedsos


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/remaja-perempuan-tolak-lakukan-seks-dicekik-hingga-mati-sebelum-kaki-dipotong-bf-mengaku-sakit-hati