Remaja Perempuan 17 Tahun Bayar Buruh Binaan RM147 Untuk Rogol & Bunuh Kawan Sendiri

![|650x433](upload://7i1vZBp5qEuUQM85CXjXeauiVns.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara dendam, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun tergamak merancang pembunuhan rakan sendiri. Lebih mengejutkan apabila suspek dikatakan telah mengupah buruh binaan untuk melakukan perbuatan kejam itu.

Upah orang bunuh kawan

![|650x433](upload://z0iVztyqLRtBsx37zTuBatGcZUF.jpeg)

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Kompas, mangsa telah dibunuh dengan kejam sekitar 30 November yang lalu. Namun pada 5 Disember, penduduk kampung dikatakan telah menemui mayat mangsa dalam keadaan berbogel di sebuah rumah kosong yang terletak di Desa Sabah Balau, Indonesia.

Berikutan daripada insiden itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Difahamkan, pada awalnya, suspek hanya dianggap sebagai saksi namun tidak lama selepas itu, segala-galanya terbongkar. Rupa-rupanya suspek adalah dalang di sebalik pembunuhan kejam tersebut.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memberi upah berjumlah RP500,000 bersamaan RM147 kepada seorang buruh binaan berusia 33 tahun untuk merogol dan membunuh mangsa. Difahamkan, suspek dan mangsa sebelum ini dikatakan pernah bergaduh. Namun, disebabkan dendam, suspek sanggup membuat perancangan untuk membunuh rakannya. Menurut sumber, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Kompas


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/remaja-perempuan-17-tahun-sanggup-upah-buruh-binaan-rogol-bunuh-kawan-sendiri