Remaja 18 Tahun Tikam Bayi Selepas Bersalin, Konon Guna Gunting Sebab Nak Potong Tali Pusat

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun telah dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa menikam bayi perempuan yang baru dilahirkannya.

Tikam bayi baru lahir

Foto: Leiyla Cepeda (Latin Times)

Suspek, Leiyla Cepeda yang berasal dari Texas dipercayai membunuh bayi yang baru dilahirkannya itu ketika melawat ke rumah saudaranya pada 8 Jun lalu. Pada hari yang sama, pihak polis telah menerima panggilan mengenai kematian seorang bayi. Susulan daripada itu, mereka bergegas ke lokasi kejadian dan suspek memberitahu bahawa dia mula mengalami kekejangan dan kontraksi dan berjaya melahirkan bayi pada 1.30 pagi, Rabu lalu.

Namun, suspek mendakwa bayinya itu memang sudah tidak bergerak dan tidak bernafas ketika dilahirkan. Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa muka bayinya itu berwarna ungu ketika dilahirkan. Polis kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas mayat dan mendapati terdapat kesan tikaman pada badan mangsa.

Hasil bedah siasat menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dilahirkan dan koroner menemui sebahagian besar luka tusukan pada dada, rusuk dan perut mangsa. Polis turut menemui gunting di tempat kejadian namun suspek mendakwa gunting itu digunakan untuk memotong tali pusat mangsa. Koroner mendapati cara kematian bayi itu akibat dibunuh. Difahamkan juga, suspek dikatakan telah menyembunyikan kehamilannya daripada ahli keluarga.

Sumber: Latin Times


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/remaja-18-tahun-tikam-bayi-selepas-bersalin-konon-guna-gunting-sebab-nak-potong-tali-pusat