Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Menarik Bila Guna Kad Debit, Ada Yang Sama Tak Dengan Korang?

![|1000x525](upload://sUEYEiLu0J33eX19JMIUudgXiIY.jpeg)

Siapa kat sini yang masih belum ada kad debit? Dengan zaman yang dah makin moden, setiap orang mesti ada sekurang-kurangnya satu kad debit. Tapi apa sebenarnya kad debit ni?

Kad debit ialah sejenis kad bank untuk buat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai! Secara analogi, kad debit ni wang tunai digital korang la. Kami cuba tanya netizen di media sosial tentang penggunaan kad debit mereka, tak sangka pengalaman mereka best! Yang tak tahu, boleh lah ikut cara mereka ni!

Boleh online shopping dengan lebih yakin

![|1080x1350](upload://j4TD2pnpxwNLr8nqLZo80vpbpVz.jpeg)

Kredit: IG @qutreennada

“PKP dengan online shopping mesti la berpisah tiada. Kalau macam saya, setiap bulan selain dari shopping barangan rumah, saya akan shopping buku baru untuk anak saya. Sebab dia suka betul dengan buku. Guna kad debit ni rasa lebih yakin untuk online shopping!”

Duit ditolak terus dari akaun dengan mudah

![|1080x1349](upload://dYqt9ff8FAg4tfwRmcItIyCvfhw.jpeg)

Kredit: IG @razaleighzain

“Saya dah mula praktis guna kad debit dari dulu lagi. Daripada shopping, potong rambut, beli barangan rumah, memang guna kad debit je. Sebab bila bayar guna kad debit, saya tak perlu risau sebab duit ditolak terus dari akaun dengan mudah.”

Perbelanjaan dapat dikawal dengan lebih baik

![|1080x810](upload://2UvkkgZf6FsvbbHjw3kAQpb7lWd.jpeg)

Kredit: IG @ashikin_hassan

“Saya memang sangat menggalakkan kita semua guna kad debit mulai hari ni. Ia cepat, selamat, dan mudah. Tak perlu nak bawa extra cash. Semua perbelanjaan kita boleh dipantau semula dengan rekod yang ada dan sekaligus boleh bantu elak kita jadi boros.”

Wang tunai tak ada dalam dompet pun tak apa

![|1080x1350](upload://2J3vLbVBGWW856DfNqVbHWFxOED.jpeg)

Kredit: IG @huzaifahx

“Saya ni seorang yang suka bersukan. Nak bawa dompet dengan wang kertas atau syiling sambil bersukan memang susah sebab boleh mengganggu. Pernah jugak terlupa standby cash dalam dompet. Nasib baik la ada kad debit. Badan rasa ringan je.”

Lebih menjimatkan masa untuk membeli barang

![|1080x1350](upload://29A3nVd7BGr1kgYHcos0IHPAUMX.jpeg)

Kredit: IG @__asyrafnasrullah__

“Eh, kebetulan pulak. Saya baru je beli semua jajan yang saya nak di kedai yang paling saya suka. Dengan satu tap dengan kad debit je, semua jadi mudah. Saya pun tak perlu susah payah kira duit kertas semasa di kaunter. Lagi jimat masa macam ni.”

Wah, memang menarik pengalaman mereka ni! Mesti pernah jadi kat korang sekali seumur hidup kan?

Nak pengalaman lagi menarik? Semestinya dengan #PayWithDebit! Korang boleh buat pembayaran tak kira masa dan tempat sekalipun. Lebih cepat, mudah dan selamat pulak tu!

![|1080x1079](upload://y5iz1Evn14ULb7O7rxpOiRvYuNT.jpeg)

Kredit: IG @aliaishk

Apabila terpaksa keluar untuk beli barang sewaktu pandemik ni, kena la amalkan contactless kan? Kad debit memang membantu waktu-waktu genting macam ni. Dengan #PayWithDebit, semua boleh settle la.

Lagi best, tak perlu susah payah untuk pantau perbelanjaan dengan resit pembayaran. Semuanya korang boleh tengok melalui rekod dalam sistem akaun bank. Dengan #PayWithDebit, korang boleh kawal spending behavior korang tu. Tak la boros lepas ni!

So, jom ramai-ramai kita #PayWithDebit mulai hari ni guys!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web ini: https://www.paywithdebit.com.my/.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rakyat-malaysia-kongsi-pengalaman-menarik-bila-guna-kad-debit-ada-yang-sama-tak-dengan-korang