Rakam Klip Filem House Of Gucci Dalam Wayang, Netizen Kecam Ameera Khan – ‘Kenapa Masih Ada Lagi Individu Yang Melakukan Dalam Tahun 2022?’

![|650x400](upload://kKyCzmRuQKeRD0ZVmHeUzfXkJbT.jpeg)

Sebelum ini, selebriti Noor Neelofa pernah dikecam netizen selepas berkongsi babak dalam filem The Lion King pada tahun 2019.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Berniat Langgar Undang-Undang’ – Muatnaik Sedutan Filem Dalam Panggung, Neelofa Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Rancang Nikah Tahun Hadapan, Pilih Calon Suami Yang Warak – ‘Cincin & Tarikh Kahwin Sudah Ada’

Dah tahun 2022 masih ada langgar

![|650x1280](upload://292bAhiNijoLoFO9pB1y0OS6V3M.jpeg)

Ini kali situasi sama berlaku kepada adik perempuannya iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan.

Menerusi ciapan di laman Twitter, seorang pengguna media sosial @ayshardzn meluahkan rasa marah terhadap Ameera yang memuat naik rakaman babak filem House Of Gucci.

Hi GSC Cinemas, kenapa perkara ini dibenarkan dalam panggung wayang? Dan kenapa masih ada lagi individu yang melakukan hal sebegini dalam tahun 2022?

GSC bagi respons

![|650x539](upload://m2dVrBOBjaNwIh9R2zfZQEeYMwJ.png)

Ciapan itu telah menarik perhatian akaun rasmi panggung wayang GSC untuk meninggalkan respons. Kata pengelola akaun tersebut, kesalahan tingkah laku itu dipandang serius dan akan ada tindakan selanjutnya.

Merakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius dan telah menghubungi serta melaporkan insiden ini kepada pemilik hak untuk tindakan selanjut.

United International Pictures kini sedia maklum tentang perkara ini untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tidak berpuas hati kerana kelakuan itu sudah diketahui umum dilarang dilakukan ketika menonton wayang.

Selai itu, ada juga yang menyuarakan pelbagai pendapat kepada pihak GSC bagi mengelakan insiden sama berulang lagi.

GSC kena ada pekerja buat laser point sebagai amaran kepada penonton yang cuba untuk merakam macam dekat Istana Budaya.

Mereka patut ada sistem di mana kalau ada orang buat macam ini, filem automatik terhenti. Lampu spotlight on dan fokus kepada orang yang rakam tu.

Sumber: Twitter @ayshardzn


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/rakam-klip-filem-house-of-gucci-dalam-wayang-netizen-kecam-ameera-khan-kenapa-masih-ada-lagi-individu-yang-melakukan-dalam-tahun-2022