Portal Myundi Sedia Info Terkini Pilihan Raya Negeri Sarawak

![|650x290](upload://bZc5yayUbWxiWPaU0BTCeKCk9nE.jpeg)

Kini rakyat Malaysia boleh melayari portal sehenti pilihan raya, myundi yang dilancarkan oleh Rev Media Group bagi menyediakan maklumat dan juga perkembangan terkini mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember 2021.

Artikel berkaitan: Dapatkan Berita, Laporan Terkini Pilihan Raya Negeri Sabah Secara ‘Live’ Menerusi myundi

Menyediakan info-info penting mengenai PRN

![|650x264](upload://tBc2GSyJaYyDyXKVHOniH5qc5Ob.jpeg)

Myundi kini tampil dengan identiti, konsep dan reka bentuk grafik yang baru selari dengan penambahbaikan keberadaan perniagaan secara dalam talian dan keguaan web. Menerusi Myundi juga, pengguna boleh mencari kisah-kisah terkini pilihan raya, tajuk utama, video dan lebih banyak perihal yang berkaitan calon, undian, kempen dan sebagainya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan tarikh mengundi pada 18 Disember 2021. Antara tarikh yang penting bagi pilihan raya negeri Sarawak adalah:

6 Disember 2021 – Hari Penamaan Calon

7-17 Disember 2021 – Tempoh Berkempen

14 Disember 2021 – Hari Pengundian Awal

18 Disember 2021 – Hari Mengundi

Selain itu, segala maklumat dan informasi adalah dari sumber-sumber yang sahih seperti Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times begitu juga dengan laporan dan analisa daripada TV3, NTV7, 8TV, dan juga TV9 yang akan turut memaparkan keputusan undian mengikut masa sebenar.

Myundi juga merupakan portal direktori sehenti di mana orang ramai boleh mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif mengenai pilihan raya sekali gus memberikan kiraan undi terkini pilihan raya umum dan juga pilihan raya negeri yang dikemaskini secara langsung dari seluruh Malaysia.

Portal berita Myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di www.myundi.com.my di seluruh dunia.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/portal-myundi-sedia-info-terkini-pilihan-raya-negeri-sarawak