Polis ‘Tersalah’ Tangkap Penjenayah, Pemain Bola Brazil Maut Lemas & Dimakan Ikan Piranha

Foto: Daily Star

Pemain bola sepak Brazil, Luiz Henrique Coelho de Andrade, 21, dilaporkan maut selepas lemas berikutan tidak dapat berenang serta ‘diserang’ ikan piranha di dalam sebuah sungai.

Maut tidak dapat berenang

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, mayat mangsa hanya tinggal rangka dan cebisan daging ketika dikeluarkan dari sungai berkenaan pada Sabtu yang lalu (26/3/2022). Ujar ibu kepada mangsa, Leila Coelho, anaknya telah hilang dari Educandos, Manaus di utara Brazil, selama 11 jam ketika mayatnya ditemui.

Sebelum insiden tersebut berlaku, pihak polis pada mulanya mendakwa mangsa sebagai penjenayah yang ketika itu baru sahaja pulang dari perlawanan bola sepak. Susulan daripada itu, pihak polis dikatakan telah mengejar mangsa sebelum bertindak melepaskan tembakan sehingga menyebabkan Luiz ‘terpaksa’ masuk ke dalam sungai Rio Negro.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan sama sekali tidak tahu berenang dan dia ketika itu cuba menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebuah sampan yang dibawa oleh seorang lelaki. Namun pihak polis didakwa mengarahkan lelaki berkenaan supaya tidak membantu mangsa.

Pegawai, yang tidak dikenal pasti, mengarahkan dia masuk ke dalam sungai, walaupun dia tidak boleh berenang, dan melepaskan tembakan ke arahnya.

Hanya terjatuh ketika melarikan diri

Foto: Daily Star

Menerusi laporan media yang lain, pihak polis yang terlibat telah mengejar sekumpulan penjenayah pada ketika itu dan Luiz dikatakan terjatuh ke dalam air ketika dia cuba melarikan diri.

Sumber: Daily Star


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/polis-tersalah-tangkap-penjenayah-pemain-bola-brazil-maut-lemas-dimakan-ikan-piranha