Polis Bakal Panggil Geng Konvoi Honda Lepas Foto ‘Gathering’ Di Lorong Kecemasan Viral

![|650x371](upload://AukqKOnsObLoJONqfvsBcxZYXIU.jpeg)

Tindakan sekumpulan ahli kelab kereta meletakkan kenderaan di laluan kecemasan kiri dan kanan jalan mengundang padah apabila foto tersebut tular di media sosial dan dikecam netizen.

Geng konvoi Honda lepak di lorong kecemasan

![|650x365](upload://gptrvdOrMe71w2ONaxAVYVusFqv.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Shahirr di TikTok memaparkan gelagat ‘geng’ konvoi kereta jenis Honda Civic FC dilihat meletakkan kenderaan masing-masing di bahu jalan.

Difahamkan, ‘perjumpaan’ itu adalah milik kelab kereta Honda Civic FCCM – FC Club Malaysia yang diadakan di jalan pintas Temiang ke Pantai, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan yang viral di media sosial kerana mempunyai pemandangan yang menarik.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan banyak kereta berhenti di laluan kecemasan tersebut sehingga menyukarkan perjalanan pengguna jalan raya yang lain. Meskipun, laluan berkenaan dilihat tidak sibuk, namun ianya bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain jika berlaku kemalangan.

Dipanggil polis untuk beri keterangan

![|650x458](upload://4wrjwXWwOpaR24OlXCldAgpMrqc.png)

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis akan memanggil sekumpulan individu yang dipercayai ahli kelab kereta berkenaan untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap ‘geng’ konvoi berkenaan mengikut Kaedah 53(1) LN 166/59 Peraturan-Peraturan Lalulintas.

Tiada kenderaan daripada apa-apa kelas atau perihal yang ditentukan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Hukuman denda boleh dikenakan ke atas individu yang terbabit mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Video penuh

@shahirr2 #fyppppp ? Know Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola

Respon netizen

![|650x1022](upload://pnWsgXgbQGs6k5n6IQIawkz6XD7.jpeg) ![|650x962](upload://fHQOozzNKJl8DetkF9d0IZlYDqH.jpeg)

Di Facebook, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa jalan berkenaan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan berkumpul kerana laluan jalan yang sempit. Malah ada juga di antara mereka risau jika berlakunya kemalangan. Hasil tinjaun OhBulan!, hantaran berkenaan telah dipadam daripada akaun tersebut, namun tidak dapat dipastikan sejak bila.

Sumber : shahirr2, FCCM – FC Club Malaysia, Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/polis-bakal-panggil-geng-konvoi-honda-lepas-foto-gathering-di-lorong-kecemasan-viral