Pilih Untuk Bersalin Caesar Pada November, Raffi Ahmad & Nagita Slavina Belum Jumpa Tarikh Sesuai

![|650x400](upload://dbT26cFm2NQxjPjJzoYckKGgXO6.jpeg)

Umum tahu pasangan selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: Bagi Duit Belanja RM58,000 Sebulan, Raffi Ahmad Puji Isteri Tak Boros

Artikel Berkaitan: Rumah Baru Raffi Ahmad & Nagita Mewah, Siap Ada Lif Khas Untuk Kereta

Nagita pilih caesar lagi

![|650x402](upload://erLH41cVO3Tf1XE9D5nnOxG2eY1.png)

Sudah memasuki trimester ketiga, Raffi, 34, mendedahkan Nagita memilih untuk bersalin secara pembedahan atau caesar sama seperti kelahiran anak pertamanya, Rafathar Malik Ahmad.

Memetik laporan Liputan6, pemilik nama Raffi Faridz Ahmad berkata dia memenuhi permintaan isterinya itu asalkan keadaan bayi dan ibu selamat.

Gigi (Nagita) mahu melahirkan secara pembedahan. Saya sendiri tidak faham kenapa dia mahu seperti itu, tapi tak mengapalah kerana yang terpenting anak dan ibunya selamat.

Pilih tarikh bersalin

![|650x480](upload://oRJeF0vxaYHbV7ECXPrssUthAQx.jpeg)

Menerusi Youtube Rans Entertainment, Raffi menyatakan Nagita juga sudah menetapkan untuk bersalin pada akhir November dan mereka masih memilih tarikh yang sesuai untuk bayi kedua dilahirkan.

Adik Rafathar akan lahir dua bulan sahaja lagi. Doktor jangka waktu melahirkan akhir November atau awal Disember.

Tapi Nagita memilih untuk lahirkan bayi pada November, jadi kami sedang pilih tarikhnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Lepaskan Saja memberitahu Nagita tidak ingin tergesa-gesa untuk mendapatkan anak perempuan pula memandangkan bayi kedua mereka adalah lelaki.

Terdahulu, Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Liputan6 & YouTube Rans Entertainment


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pilih-untuk-bersalin-caesar-pada-november-raffi-ahmad-nagita-slavina-belum-jumpa-tarikh-sesuai