Pilih Hospital Terkemuka Di Amerika Syarikat Untuk Bersalin, Anak Sulung Nikita Willy Bakal Disambut Doktor Kylie Jenner

![|650x398](upload://geStu6fjwmLnoSjk9Qw0DUQGxDP.png)

Pelakon Indonesia, Nikita Willy memutuskan untuk bersalin anak pertamanya di Amerika Syarikat. Menerusi laporan INews, Nikita dan suaminya, Indra Priawan mahu mendapatkan kemudahan fasiliti kesihatan yang terbaik buat anak mereka.

Mahu keselesaan dan yang terbaik

![|650x911](upload://sCA7BHJIojbsbJcT46AMEr0G4B5.jpeg)

Mengambil keputusan untuk meninggalkan negara sendiri dan berhijrah ke negara luar bukanlah satu keputusan yang mudah buat Nikita dan suami. Namun, pelakon ‘Cinta Buta’ ini mahu menjalani proses bersalin yang selesa dan mendapatkan rawatan yang terbaik selepas anak sulungnya bersalin nanti.

Sebagai suami saya mahu pastikan Nikita dapat melahirkan dan mendapatkan rawatan yang terbaik. Jadi, sebab itu hal pertama yang difikirkan adalah mengenai fasiliti kesihatan terbaik buat Nikita dan sekarang dengan keadaan Covid 19 yang masih belum terkendali, kami mahu semuanya lancar.

Menurut Nikita, dia berasa gembira kerana dapat menjalani proses kehamilan dan bakal melahirkan anaknya di Amerika Syarikat. Tambah Nikita, di Amerika Syarika dia banyak melakukan kerja rumah selain melakukan banyak aktiviti yang jarang boleh dilakukan di Indonesia.

Pilih hospital terkemuka

![|650x795](upload://kE6lxTahMba9VqAe8fSmga0LI11.png)

Jelas Nikita lagi, dia bakal bersalin di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles. Hospital tersebut sangat terkenal dan menjadi pilihan sejumlah selebriti seperti Kim Kardashian dan Beyonce. Ujarnya lagi, kelahiran anaknya itu bakal disambut oleh Dr Thais Aliabadi yang telah menangani proses kelahiran Kylie Jenner.

Pemeriksaan di sini lebih terperinci seperti ujian darah yang lebih lengkap. Setiap pemeriksaan ‘ultrasound’, saya harus lakukan ujian air kencing supaya tidak ada bakteria yang membahayakan janin.

Sumber: INews


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pilih-hospital-terkemuka-di-amerika-syarikat-untuk-bersalin-anak-sulung-nikita-willy-bakal-disambut-doktor-kylie-jenner