Pesakit Lumpuh ‘Berkatil’ Ke Bank Tukar Kad, Staf Kata Tak Ada Cara Lain– ‘Kena Bawa, Tolak Mak Cik Masuk Bank’

Baru-baru ini seorang individu berkongsi satu momen sedih apabila terpaksa menyewa ambulans untuk membawa ibunya yang sedang lumpuh ke bank dipercayai untuk menukar kad yang akan tamat tempoh.

Artikel Berkaitan: Pesakit Kanser Tahap 4 ‘Berkatil’ Ke Pejabat KWSP Keluarkan Wang Caruman, Adik Mohon SOP Dikemaskini

Artikel Berkaitan: KWSP Mohon Maaf Pesakit Kanser Terpaksa ‘Berkatil’ Ke Pejabat Keluarkan Duit Caruman

‘Memang kita tak ada cara lain’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Nur Hartini, memaparkan seorang wanita yang lumpuh seluruh badan sedang terbaring di atas katil sambil ditolak oleh beberapa individu memasuki sebuah bank di Gurun. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Nur Hartini mendakwa kad bank milik ibunya akan tamat tempoh tidak lama lagi, oleh itu, mereka bercadang mahu menukar kad yang baharu.

Dakwa Nur Hartini lagi, sebelum itu dia sudah pun menghubungi bank untuk bertanya mengenai prosedur bagi pesakit lumpuh. Tetapi siapa sangka, pihak bank memaklumkan tiada cara lain untuk proses penukaran kad dan meminta pesakit sendiri datang ke bank.

Mak: Dikni kad bank mak dah nak tarikh luput.

Me: Okay sat nak call bank tanya macam mana kalau untuk orang lumpuh seluruh badan nak renew kad bank.

Bank: Cik kena bawak juga mak mai (datang) dengan bank.

Me: Selain pi (pergi) bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ni?

Bank: Memang kita tak ada cara lain, cik kena bawa mak mai (datang) bank dan tolak mak cik masuk ke dalam bank juga.

Disebabkan keadaan ibunya yang lumpuh dan tidak boleh duduk, mereka terpaksa menggunakan khidmat ambulans St John untuk ke bank. Tambahnya lagi, kos menyewa khidmat ambulans juga ditanggung oleh mereka sendiri.

Terpaksa guna St John sebab tak mampu nak bawa mak guna kereta dengan keadaan mak yang tak boleh duduk. Semua tu kos yang perlu dikeluarkan sendiri bukan percuma. Ada juga bank yang tidak bertimbang rasa dekat orang sakit.

Menurut Nur Hartini, ibunya adalah penerima pencen dan wang pencen yang dimasukkan ke dalam akaun bank tersebut digunakan mereka sekeluarga untuk membeli barang keperluan ibunya seperti lampin pakai buang dan keperluan lain bagi pesakit bedridden. Nur Hartini akui sangat kecewa dan terkilan dengan layanan yang diberikan pihak bank tersebut. Namun sehingga kini, tiada sebarang penjelasan penuh daripada bank berkenaan dakwaan ini.

Sumber: Nur Hartini


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pesakit-lumpuh-berkatil-ke-bank-tukar-kad-staf-kata-tak-ada-cara-lain-kena-bawa-tolak-mak-cik-masuk-bank