Persenda Arwah Adibah Noor, Lelaki Mohon Maaf

Walaupun rata-rata masih berduka dan terkesan dengan kehilangan penggiat seni, Adibah Noor, tular komen seorang netizen yang dikenali dengan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang mempersoalkan aurat Allahyarham.

Terkini, lelaki berkenaan tampil memohon maaf atas keterlanjurannya.

‘Tolong viralkan status saya’

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, lelaki terbabit membuat permohonan maaf terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya, serta peminat Almarhum khasnya diatas komen saya di Harian Metro tempoh hari.

Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya. Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para solehah.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut memaklumkan semua akaun Facebook miliknya kini sudah disekat.

Tak pasti dapat kembali atau tidak. Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong ‘viralkan’ status saya.

Sabtu lalu, negara digemparkan dengan pemergian Adibah Noor, 52 tahun yang menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota sekitar 6.30 petang, akibat kanser ovari tahap empat.

Susulan itu, ramai menzahirkan ucapan takziah dan kesedihan menerusi laman sosial, namun komen yang ditinggalkan Ibnu Ahmad Ar-Rayyan di ruangan komen hantaran Harian Metro mendapat perhatian kerana dianggap tidak sensitif dan keterlaluan.

Sumber: Facebook Ibnu Ahmad Ar-Rayyan III


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/persenda-arwah-adibah-noor-lelaki-mohon-maaf