Perompak Tertidur Masa Pecah Masuk, Rupanya Tuan Rumah Dah ‘Pagar’ Dulu – ‘Sesudah Solat Rajin Baca Ayat Kursi’

![|650x400](upload://o53JQwuvnmeHYewEPQ2qjZUYfe3.jpeg)

Malang tidak berbau. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan keluarga ini selepas terjaga daripada tidur menyedari rumah dimasuki perompak.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka apabila tidak ada sebarang kecederaan mahupun kemalangan yang berlaku.

Jumpa perompak tertidur dalam rumah

@liyapusspercaya ga sii kalo rumah yg dipagerin tuh bisa bikin maling linglung ##FightTheBeat ##KrisbeePillowNoMellow ##freefire ##YangPentingLakuin ##kejujogetgoldslice ##viral2021 ##fyp ##viral ##fyp? ##Tokopedia12Tahun ##Inverted? suara asli – liya puspitasari

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @liyapuss memaparkan seorang pencuri ditemui sedang nyenyak tidur di ruangan solat rumah berkenaan.

Ketika diberkas tuan rumah pada pukul 4.30 pagi, pencuri itu kelihatan sedang mamai walaupun sudah dikejutkan beberapa kali. Pencuri itu juga didakwa sudah mencuri sebuah motosikal milik penduduk kampung tersebut.

Rumah dah pagar

![|650x686](upload://A6wiZZMdNk3Rzkf9KGiVEErZHVa.jpeg)

![|650x686](upload://36qGLPVGGwJZ0jYRHADfOI9NcsN.jpeg)

Perkongsian rakaman berdurasi tiga minit itu mendedahkan rumah tersebut telah ‘dipagar’ sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial ingin tahu ayat al-Quran yang diamalkan tuan rumah setiap hari. Antara surah yang dicadangkan wargamaya adalah ayat kursi dan wirid Ratib Al-Haddad.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 995,000 tontonan dan lebih 1000 komen.

Sumber: TikTok @liyapuss  


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/perompak-tertidur-masa-pecah-masuk-rupanya-tuan-rumah-dah-pagar-dulu-sesudah-solat-rajin-baca-ayat-kursi