Pernah Viral Terima Selipar & Segelas Air Sebagai Mas Kahwin, Pasangan Ini Akhirnya Bercerai Gara-Gara…

Foto: Tribun News

Hanya menerima selipar dan segelas air sebagai mas kahwin, satu pasangan di Indonesia pernah tular pada tahun 2020 sebelum berlakunya peristiwa yang tidak ‘diingini’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Rela Isteri Minta Cerai, Suami Kedekut Tergamak Ambil Semula Barang Kelengkapan Rumah

Artikel Berkaitan:[VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Pasangan yang dikenali sebagai Yudi Anggata, 24, dan Helmi Susanti, 20, sah bergelar suami isteri pada 3 Julai 2020.

Saling tuduh-menuduh

Foto: Tribun News

Selepas setahun berkahwin, pasangan ini dikatakan sering ‘bertengkar’ dan si suami mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan empat lelaki yang lain. Dakwa lelaki ini lagi, dia merupakan mangsa kelima dan akan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Yudi menceritakan dia sama sekali tidak akan berbaik semula dengan Susanti walaupun dipujuk.

Dia dah 5 kali kahwin. Kali kelima dengan saya.

Kalau dia nak balik pun, saya takkan nak balik. Video ini jadi bukti, saya takkan balik dekat dia. Sebab dah penat nak layan perangai budak-budak dia.

Bagaimanapun, Susanti menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa suaminya yang mula curang terlebih dahulu. Mengulas lebih lanjut, wanita ini pada mulanya meminta supaya lelaki berkenaan datang ke rumahnya bagi berbincang secara baik.

Saya nak dia datang ke rumah saya dan betulkan. Jangan cerita dekat media sosial macam ini.

Dah cerai rupanya

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan pasangan ini dikatakan sudah lama bercerai dan perkahwinan mereka tidak bertahan walaupun setahun. Difahamkan kedua-dua mereka juga telah berkahwin semula dengan calon pilihan hati masing-masing.

Sumber: Tribun News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/pernah-viral-terima-selipar-segelas-air-sebagai-mas-kahwin-pasangan-ini-akhirnya-bercerai-gara-gara