Pernah Viral Dakwa Guru Buat Lawak Lucah, Ain Husniza Gembira Dah Pindah Sekolah Baru

![|650x365](upload://yxYKWjcQyewCBPoKhpOLL0umx5Y.jpeg)

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan iaitu Ain Husniza Saiful Nizam pernah mendedahkan mengenai dakwaan jenaka rogol yang dilakukan oleh seorang guru lelaki subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sebuah sekolah menengah di Selangor.

Artikel berkaitan : Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Guru Lelaki Didakwa Buat Lawak Lucah

Artikel berkaitan : Dakwa Guru Lelaki Buat Lawak ‘Rogol’ Dalam Kelas, Pelajar Terima Notis Tuntutan Fitnah RM1 Juta

Artikel berkaitan : Isu Lawak Lucah, Pelajar Ini Dakwa Terima Surat Amaran Bakal Dibuang Sekolah

Terbaharu, bapanya iaitu Saiful Nizam memaklumkan bahawa anaknya gembira kerana sudah memulakan sesi pembelajaran di sekolah baharu yang juga merupakan sebuah sekolah swasta.

Kelihatan gembira di sekolah baru

![|650x365](upload://s4FBae3yD8dBc1iLOaoRseckk3r.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik oleh Saiful Nizam di Twitter, kelihatan Ain yang lengkap berpakaian seragam sekolah kelihatan teruja dan bersemangat merakam diri serta suasana di sekolah barunya itu.

Dalam pada itu, Saiful Nizam turut memberitahu bahawa anaknya berasa gembira berada di sekolah baru dan pasti menjadi permulaan yang baru buat remaja berkenaan setelah menghadapi pelbagai cabaran di sekolah lamanya.

Dia sangat gembira. Alhamdulillah.

Di TikTok, remaja berusia 17 tahun itu memberitahu bahawa ia merupakan hari ketiga sesi persekolahannya di sebuah sekolah swasta di Cheras, Selangor. Video berdurasi 19 saat itu meraih lebih 379 ribu ribu tontonan serta mendapat lebih 71 ribu tanda suka.

Ain dah pindah sekolah

@ant33aterthird day at me new schol? Bobby shurmda X Russian Roulette – jay??

‘Teruskan sebar kebenaran’

![|650x149](upload://doukiL06yGgwc7uNZyeNQ3xYUAI.jpeg) ![|650x178](upload://6S4bIVq8DWptC1MSgsmmRl9IQl6.jpeg) ![|650x177](upload://fRmoZH8e8bC7iZFkmq8Ls7o0vXd.jpeg) ![|650x102](upload://8KGKjn5LQOWMcEP7SfsgEZxvqTD.jpeg) ![|650x171](upload://6flwHDN7trYED0Ac5AmRgwLSyaQ.jpeg)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen yang positif serta mengucapkan selamat maju jaya kepada Ain. Sekitar Ogos lalu, Ain yang mendakwa seorang guru membuat lawak keterlaluan mengenai rogol memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta yang difailkan oleh guru terbabit. Susulan daripada itu, lebih 20 peguam dikatakan tampil menawarkan bantuan guaman kepada dirinya.

Sumber : saifulnizam769, ant33ater


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pernah-viral-dakwa-guru-buat-lawak-lucah-ain-husniza-gembira-dah-pindah-sekolah-baru