Pernah Simbah Petrol Pada Badan, Karl Shafek Masih Dapatkan Rawatan Pakar Untuk Masalah Depresi

![|650x400](upload://jWmIJVSwdy5iTZxN5WAB4hgKsqH.jpeg)

Siapa sangka sudah dua tahun pengacara dan pereka fesyen streetwear, Karl Shafek, berdepan dengan masalah mental sehingga menyebabkan depresi.

Artikel Berkaitan: Akibat Terlampau Gementar, Yonnyboii Kena Serangan Panik Selepas ‘Catwalk’ Di KLFW – ‘Memang Banyak Perkara Bermain Dalam Fikiran’

Artikel Berkaitan: Jam Mewah Siti Nurhaliza Di KLFW Jadi Tumpuan, Netizen Gali Harga Anggar Bernilai RM1.1 Juta?

Pernah simbah petrol dekat badan

![|650x975](upload://yzZFLQMdmfKrPHlMZ5A9Tgg3UFN.jpeg)

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim mendedahkan dia pernah melakukan pelbagai tindakan di luar kawalan sehingga hampir meragut nyawanya sendiri.

Dedahnya kepada OhBulan!, pelakon berumur 42 tahun itu pernah memandu kereta dalam keadaan tidak sedar dan menyimbah minyak petrol pada badan.

Saya bukanlah kata saya mahu bunuh diri, tetapi ketika itu saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Sehinggakan, saya memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan.

Tetapi, pada waktu itu, tiada sesiapa tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai.

Alhamdulillah, kalau nak ikutkan keadaan saya semakin pulih. Walaupun saya masih perlu makan ubat sejak mengalami masalah berkenaan sekitar dua tahun lalu, namun saya tidak pernah alami insiden-insiden pelik seperti dulu.

Masih ikuti sesi kaunseling

![|650x650](upload://4OQq2hDzwOvoBSSHlzBujTpP2wA.jpeg)

Biarpun diuji dengan masalah kesihatan, itu tidak menjadi penyebab untuk Karl berputus asa dalam menjalani kehidupan. Menurut anak kelahiran negeri Pahang ini, dia sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti rumah serta menguruskan perniagaan baju.

Selain itu, katanya lagi, dia masih mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

Saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri.

Alhamdulillah sekarang ini semakin baik, saya sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di rumah termasuklah sibuk menguruskan perniagaan baju ini. Apa-apa pun, saya turut mendoakan dan berharap mereka yang struggle macam saya pun akan pulih nanti.

Idea dari pengalaman sendiri

![|650x975](upload://8MNj3Uei5jVBh7ChrcEfes4W0SF.jpeg)

Bercerita mengenai koleksi baharu Neonate Clothing, Karl menyatakan koleksi berjudul Noir itu diinspirasikan daripada pengalamannya berperang dengan kesihatan mental dan kepayahan yang dilalui oleh rakyat Malaysia sewaktu negara berdepan pandemik COVID-19.

Selalunya, koleksi Neonate menampilkan warna-warna terang. Namun, disebabkan mengambil inspirasi daripada hal-hal yang ‘muram’ kami bercadang untuk menampilkan warna-warna gelap untuk koleksi kali ini.

Saya harap agar setiap mesej yang ingin saya sampaikan melalui koleksi ini dapat diterima oleh penggemar fashion di luar sana.

Menampilkan sebanyak 30 rekaan, koleksi Noir yang turut disokong oleh Kamya Glow dipersembahkan oleh barisan muse pilihan Neonate iaitu Nam Ron, Abdul Latif Romly, Sabronzo daripada kumpulan pop Dolla, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek popular Bosco dan Aidil Maula.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pernah-simbah-petrol-pada-badan-karl-shafek-masih-dapatkan-rawatan-pakar-untuk-masalah-depresi