Pernah Kagum Dengan Pengorbanan Siti Bainun, Uyaina Arshad Kecewa Bila Terbongkar Penderitaan Bella

Kes penderaan ke atas remaja perempuan Sindrom Down bernama Bella mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia. Dengan tanda pagar #justiceforbella, rata-rata menginginkan keadilan untuk anak syurga itu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sokong Apa Bainun Buat Cuma Jangan ‘Body Shaming’ – Ika Nabella

Siti Bainun jadi tetamu jemputan WHI

@mr_lollipopppp Anugerah Pelakon Terbaik ni ?? #bainun #justiceforbella #bella #tmj #lawyerbainun ? original sound – Mr.Lollipopppp?

Pengacara Uyaina Arshad pernah menemu bual pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali pada 30 Julai 2020 di program Wanita Hari Ini (WHI).

Akui Uyaina, dia pernah berasa kagum dengan pengorbanan dan semangat Siti Bainun yang sanggup mengenepikan zaman muda demi untuk berbakti kepada masyarakat.

Jujur waktu team WHI jemput Siti Bainun ke studio untuk topik ‘Berkorban Apa Sahaja’, saya betul-betul kagum dan hormat dengan dia.

Waktu itu saya fikir betapa dia tidak mementingkan diri sendiri, berjiwa kental, penyayang dan baiknya seseorang itu untuk mengenepikan zaman muda dia untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.

Waktu itu, buat yang terfikir juga, apa yang saya dah sumbang untuk orang lain.

Harap pihak teraniaya terbela nasib

Bagaimanapun, kata pelakon berumur 31 tahun dia berasa sedih selepas terbongkar keseksaan yang ditanggung remaja istimewa berumur 13 tahun itu.

Pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad memilih untuk tidak mengulas lanjut namun dia berharap nasib Bella akan terbela.

Tapi bila semua benda terbongkar, saya rasa sangat terkejut, sedih dan kecewa. Memandangkan kes masih lagi dibicarakan di mahkamah, saya cuma berharap kes ini akan diselesaikan berpaksikan kebenaran.

Pihak yang bersalah akan dikenakan hukuman yang maksimum, pihak yang teraniaya akan terbela nasibnya. Amin.

Sumber: Instagram @uyainaarshad & TikTok @mr_lollipopppp


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pernah-kagum-dengan-pengorbanan-siti-bainun-uyaina-arshad-kecewa-bila-terbongkar-penderitaan-bella