Pernah Alami Serangan Panik, Shiha Zikir Dihina Rakan Selebriti Sebab Cemburu Dengan Rezeki – ‘Kau Balik Rumah Cermin Muka Sendiri!’

![|650x400](upload://vsune8luraAUwQKx3y2unOTu0HQ.jpeg)

Siapa sangka dalam gelak tawa, penyanyi Shiha Zikir menanggung rasa sakit di lubuk hati. Shiha meluahkan rasa sedih apabila diperlekeh oleh rakan selebriti yang cemburu dengan limpahan rezeki yang diperolehinya.

Nak cari duit untuk ibu bapa

![|650x717](upload://2PHBpmSTpjqn83G06C1M5DYoabT.jpeg)

Terkilan dengan tindakan rakan seindustri, Shiha, 34, menganggap berkemungkinan individu tersebut kurang senang melihat perjalanan kerjaya seninya.

Kata pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir, dia menerima kata kesat yang merendahkan dirinya sepanjang 20 minit perbualan yang dibuat menerusi panggilan telefon.

Saya masuk industri nak cari duit untuk keluarga dan jaga ibu saya… siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Sakit nak jadi Shiha. Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami.

Ramai orang perlekehkan apa yang saya buat dalam industri. Malah, ada kawan satu industri hubungi saya, tiba-tiba nak marah saya. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri! Kau layak ke?’

Sepanjang 20 minit dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang yang saya tak sangka akan cakap begitu. Dia persoalkan apa yang saya buat dalam industri.

Mungkin sebab orang nampak saya buat semua benda dan menyebabkan mungkin ada beberapa pihak yang kurang senang dengan saya. Tapi saya nak cakap satu saja, saya tak pernah merayu tetapi tuhan yang beri (rezeki).

Shiha ditemui ketika sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Kena serangan panik

![|650x785](upload://m9XgdhGvo3jEf8Nm9pum5QO2O1F.jpeg)

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEOW mengakui dia tidak pernah terlintas di fikiran individu yang rapat dengan dirinya tergamak berkata sebegitu.

Kata Shiha lagi, dia sudah beberapa kali berasa ‘down’ memikirkan perkara yang melibatkan kerjaya seninya sehinggakan kerap mengalami serangan panik di rumah.

Bila dapat call daripada kawan, sudah tentu saya gembira tapi bila dia cakap macam tu, memang membuatkan saya sedih dan rasa down sangat. Masa dia call tu, saya dalam kereta. Lepas habis menangis, baru la saya masuk rumah jumpa ibu.

Walaupun cakap dekat ibu tak ada apa, tapi tak boleh nak sorok kesedihan. Sebenarnya dah beberapa kali saya rasa down sehingga mengalami serangan panik.

Duduk bilik pasang aircond, tapi tetap berpeluh. Sakit sangat… sebab tu saya faham perasaan orang yang kena serangan panik ni.

Sumber: Instagram @shihazikir


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pernah-alami-serangan-panik-shiha-zikir-dihina-rakan-selebriti-sebab-cemburu-dengan-rezeki-kau-balik-rumah-cermin-muka-sendiri