Perkahwinan Remaja Bawah Umur Dirai Meriah Penduduk Kampung

Sebuah video memaparkan satu majlis perkahwinan di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan, Indonesia tular di media sosial. Apa yang menjadi perhatian adalah umur pasangan pengantin ini yang masih muda.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Pengantin muda

Foto: Detik.co

Menerusi laporan Viva.co, pasangan pengantin ini merupakan pelajar Sekolah Menengah Rendah (SMP) dan majlis tersebut berlangsung Ahad yang lalu di Desa Wiring Palannae. Pasangan pengantin dikenali sebagai N, MF, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun.

Video yang tular itu memaparkan seorang pengantin lelaki segak mengenakan busana khas Bugis Makassar dan turut kedengaran suara menjelaskan remaja lelaki itu hampir sama besar dengan isterinya. Menerusi foto yang lain, dapat dilihat pasangan ini yang sibuk melayani para tetamu yang hadir dan turut bergambar dengan mereka.

Bercerita lebih lanjut, majlis tersebut berlangsung dengan meriah dah turut dihadiri oleh ahli keluarga serta para tetamu yang lain. Ujar keluarga kepada pengantin iaitu Muhammad Aris Ali, pasangan ini masih bersekolah dan menjelaskan tiada unsur paksaan dalam perhubungan tersebut.

Keduanya dijodohkan dan merupakan satu kampung. Lagipun jarak rumah mereka hanya 1 km juga.

Sebelum ini, pihak pejabat agama pernah menolak permohonan kahwin pasangan ini berikutan mereka masih bawah umur bagaimanapun kedua-dua belah keluarga memberikan alasan yang kukuh untuk meneruskan majlis tersebut sebelum pasangan ini selamat disatukan.

Video kejadian:

Sumber: Viva.co


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/perkahwinan-remaja-bawah-umur-dirai-meriah-penduduk-kampung