Pereka Fesyen Beri Penjelasan Mengenai Busana Aina Abdul Di SFMM 36 – ‘Memang Dapat Inspirasi Daripada Katil’

![|650x312](upload://nC2SJ87sqbdOzTRFFbrZAfdsPAk.jpeg)

Semalam, nama, Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara busana putih yang digayakannya ketika melakukan persembahan di pentas separuh akhir Muzik Muzik 36. Busana yang dikatakan seperti ‘comforter’, ‘winter coat’ dan ‘igloo’ itu dilihat sangat cantik tatkala Aina menggayakannya.

Artikel berkaitan: Busana Aina Abdul Di Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Curi Perhatian Netizen – ‘Nampak Macam Comforter, Winter Coat & Igloo?’

Terbaru, pereka fesyen, Masyadi Mansoor mengaku bahawa dirinya mendapat inspirasi daripada katil ketika menyiapkan busana tersebut.

Dapat inspirasi daripada katil

![|650x709](upload://b9KGOOaWMF4RZJ1CfRDEGd1VVIv.jpeg)

Menurut Masyadi, busana tersebut merupakan rekaannya dengan bantuan pereka fesyen Shazleen Jalal. Tambah Masyadi, Aina mendapat idea untuk mencipta lagu ‘Sepi’ sebelum tidur dan ketika berada di atas katil. Susulan daripada itu, dia mendapat inspirasi untuk mereka busana putih tersebut seperti ‘katil’.

Memang saya dapat inspirasi busana Aina di SFMM36 daripada katil. Sebelum saya mula mereka pakaian ini, saya berbual dahulu dengan Aina. Saya mendapat tahu yang Aina mendapat idea untuk mencipta lagu Sepi sebelum dia tidur dan ketika itu, dia sedang berada di atas katil.

Katil membawa perlambangan yang sangat besar. Setelah seharian bekerja, katil adalah tempat di mana semua orang mula berfikir mengenai diri sendiri, bukannya orang atau perkara lain. Katil juga merupakan tempat orang mula berhubung dengan diri sendiri dan tidak mengendahkan kata-kata negatif.

Penutup 2021

Ujar Masyadi lagi, busana Aina merupakan rekaan terakhirnya sempena penutup tahun 2021. Selain busana, netizen turut memuji persembahan Aina ketika menyanyikan lagu ‘Sepi’. Ujar netizen, Aina seorang penyanyi yang hebat dan memiliki vokal yang mantap. Mereka berharap penyanyi berusia 28 tahun itu berjaya menempatkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 36. Netizen juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat busana Aina yang seterusnya jika lagu ‘Sepi’ layak ke pentas AJL 36.

Sumber: Masyadi


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pereka-fesyen-beri-penjelasan-mengenai-busana-aina-abdul-di-sfmm-36-memang-dapat-inspirasi-daripada-katil