Penulis ‘How To Murder Your Husband’ Dipenjara Seumur Hidup, Bersalah Bunuh Suami

Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat yang menulis risalah ‘How to Murder Your Husband’ dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, selepas didapati bersalah menembak mati suaminya.

Nak tuntut pampasan insuran

Foto: CBS News

Perbicaraan pembunuhan Nancy Crampton Brophy itu mendengar bagaimana pengarang itu menggunakan laras senapang yang dia dapatkan daripada laman eBay bagi membunuh suaminya dengan harapan mendapatkan wang pampasan insuran hayat.

Nancy yang berumur 71 tahun itu mendakwa dia mendapatkan senjata itu bagi tujuan penyelidikan novel baharu. Namun, sepanjang siasatan, senjata tersebut tidak pernah ditemui.

Suaminya, Chef Daniel Brophy ditemui mati di atas lantai bilik darjah di sebuah institut masakan tempat dia bekerja, pada Jun 2018 dengan kesan ditembak dua kali.

Rakaman CCTV menunjukkan isterinya memandu di kawasan itu pada ketika itu, namun dalam perbicaraan dia mendakwa tidak ingat berada di sana, namun sekiranya ada, dia mungkin sedang mendapatkan inspirasi untuk karya fiksyen baharu di kawasan kejiranan.

Bulan lalu, peguam Crampton menafikan pembunuhan itu dan menegaskan bahawa pasangan sudah berjaya mengatasi masalah kewangan mereka dan dia tidak mempunyai sebab untuk membunuh suaminya.

Esei miliknya, ‘How to Murder Your Husband’ masih tersedia dalam talian, membincangkan kaedah dan motivasi untuk menghapuskan pasangan yang tidak diingini, termasuk keuntungan kewangan dan penggunaan senjata api.

Sumber: France24, AFP


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/penulis-how-to-murder-your-husband-dipenjara-seumur-hidup-bersalah-bunuh-suami