Pengurus Tangmo Mengaku Bagi Kenyataan Palsu, Beri Amaran Pada Empat Suspek Lain Untuk Buka Mulut

Susulan siasatan kes kematian pelakon Thailand Tangmo Nida, pengurus mendiang berkenaan, Idsarin Juthasuksawat atau lebih dikenali dengan Gatick telah mengaku memberi keterangan palsu kepada polis.

Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Nangis Bawa Cincin Kahwin, Nak Minta Forensik Sarung Dekat Jari Tangmo – ‘Mo Aku Berikan Padamu, Jom Kita Bernikah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kan Dah Kena’– Netizen ‘Puas Hati’ Tengok Rakan Baik Tangmo Nida Tunjal Kepala Kratik

Artikel Berkaitan: Bedah Siasat Kali Kedua Dibuat, Tunda Upacara Pembakaran Tangmo – ‘Mayat Dibekukan & Dijangka Selesai Dalam Tempoh Tidak Kurang 30 Hari’

Dua jam mengaku

Menurut Ketua Polis Daerah Muang di Nonthaburi, Pol Kol Jaturon Anurakbundit berkata Gatick mengaku kepada polis bahawa dia telah memberi kenyataan palsu kepada penyiasat, pada Isnin.

Bagaimanapun, Pol Kol Jaturon enggan menjelaskan secara terperinci tentang pengakuan yang dibuat selepas Gatick mengaku kepada polis atas pertuduhan kenyataan palsunya.

Tambah Pol Kol Jaturon, polis akan mendakwa seorang lagi individu yang dipercayai memberi nasihat kepada kelima orang di atas bot berkenaan namun mereka harus bercakap dengan penyiasat.

Katanya lagi, suspek keenam bukan peguam Sittra Biabungkerd yang bertemu dengan dua orang suspek selepas kejadian dan enggan menerima mereka sebagai anak guamnya.

Nak empat individu cerita hal sebenar

Gatick yang juga merupakan rakan rapat Tangmo memberitahu kepada pemberita bahawa dia telah membuat pengakuan selama dua jam kepada polis.

Gatick didakwa memberi kenyataan palsu kepada polis yang boleh menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda sehingga 4,000 baht (RM500) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Gatick hadir ke balai polis sambil ditemani bekas Ahli Parlimen Parti Palang Pracharath Sira Jenjaka, yang kini menjadi penasihatnya.

Sira Jenjaka berkata Gatick telah memberitahu kebenaran dan memberi amaran kepada empat yang lain untuk memberitahu perkara sebenar.

Dia adalah salah seorang daripada lima orang yang menaiki bot laju itu ketika Tangmo terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu. Dia seorang sahaja yang mengaku dengan penyiasat selepas didesak.

Empat yang lain menghadapi pertuduhan yang lebih serius, tetapi kesemuanya menafikan dakwaan itu.

Pada hari Isnin juga, Nitas hadir ke balai polis yang sama atas tuduhan bersubahat dengan orang lain dan menghapuskan bahan bukti.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Hasil bedah siasat mengesahkan Tangmo mati akibat lemas kerana terdapat kesan lumpur pada bahagian paru-paru.

Namun, media Thailand melaporkan bedah siasat kali kedua mendapati terdapat 22 kesan luka di kakinya. Bagaimanapun, pihak pakar patologi, CIFS tidak menemui sebarang kesan gigi dan tulang yang patah atau luka di muka dan kepala Tangmo seperti yang didakwa oleh ibunya, Panida Sirayootyotin.

Sumber: Bangkok Post


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/gatick-mengaku-bagi-kenyataan-palsu-beri-amaran-pada-empat-suspek-lain-untuk-buka-mulut