Pengantin Terkejut Terima Hadiah Kahwin Misteri, ‘Barang’ Berbau, Kotor & Ada Sarang Labah-Labah

Selesai majlis bersanding, aktiviti seterusnya yang paling dinantikan pasangan pengantin ialah membuka hadiah pemberian keluarga dan sahabat handai sambil membaca kad ucapan.

Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan pengantin ini apabila menerima  kotak ‘misteri’ sebagai hadiah perkahwinan.

Busuk dan kotor

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali Nina di TikTok, hadiah tersebut berada di dalam sebuah kotak yang besar dan dibalut dengan kemas. Di dalam kotak tersebut mengandungi bekas air (thermo pot) lama yang sudah berhabuk dan penuh dengan sarang labah-labah. Lebih teruk, bekas air itu turut berbau busuk dan kotor.

Bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini, Nina mengambil keputusan untuk membuang sahaja hadiah yang diterima itu. Ujar Nina, dia menghargai dan berterima kasih kepada pemberi hadiah tersebut. Namun, terpaksa mengambil keputusan sedemikian.

Video

@ninaaanana Tq sgt kpd pemberi sy appreciate awk nk bgi hadiah tp sorry sngt2 sy terpaksa buang ??? #fyp #misteri ? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka sewaktu menerima hadiah ‘misteri’ daripada tetamu.

Sampai jatuh sakit

Sumber: Nina


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pengantin-terkejut-terima-hadiah-kahwin-misteri-barang-berbau-kotor-ada-sarang-labah-labah