Penampilan Eyka Farhana Di KLFW2021 Curi Tumpuan, Peminat Dakwa Ada Iras Fazura

![|650x276](upload://rJt84yPHVeLLaLbAllErnf84094.png)

Dikatakan memiliki raut wajah sama seperti Fazura, nama pelakon, Eyka Farhana sekali lagi mencuri tumpuan media apabila foto terbarunya ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2021) semalam menjadi bualan netizen. Menurut netizen, cara solekan dan gaya Eyka ketika menghadiri majlis tersebut sebijik seperti Fazura. Cantik!

Hi Fazura, eh salah!

![|650x711](upload://jTvKZuM65yvKfAHxhxp0LlE50FV.jpeg)

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan di ruangan komen Eyka Farhana, rata-rata rakan artis dan netizen berpendapat bahawa pelakon Juvana 2 itu mempunyai raut wajah sama seperti isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura. Ujar netizen, gaya solekan dan pakaian yang dipakai oleh Eyka ketika menghadiri KLFW2021 semalam, membuatkan mereka teringat kembali gaya dan penampilan Fazura sebelum berhijrah memakai tudung.

![|650x79](upload://mTQXvVoKye1oi3GaLNvoBHnPXxp.png)

![|650x86](upload://a6OTfBYPvbodREUEzbTZBZEBr93.png)

![|650x79](upload://nP4eZeRWQm6QTRUADnVtcgL6MDJ.png)

![|650x79](upload://XHK4AfLEqWkTX8NDrEs45YbUpf.png)

Bukan itu sahaja, sifat lemah lembut dan cara pertuturan Eyka juga dikatakan sama seperti Fazura. Netizen turut mendoakan yang terbaik buat Eyka dan berharap pelakon tersebut dapat mengikuti jejak langkah Fazura suatu masa nanti.

Cantik sangat!

![|650x838](upload://lmadyQ3qzJPo0IqmqHADwqBQTBF.png)

![|650x686](upload://jfJniGJtUQA1blFSdjkdu5o59gi.jpeg)

![|650x729](upload://9fm4ALRGug0iNNPZU3uIeF04fza.jpeg)

Sumber: Eyka Farhana


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/penampilan-eyka-farhana-di-klfw2021-curi-tumpuan-peminat-dakwa-ada-iras-fazura