Peminat Bengang 5 Tahun Tunggu Big Bang Buat ‘Comeback’

![|650x325](upload://yYDe9uXY2eobSQB1W2RU3F1ue6l.jpeg)

Baru-baru ini persatuan peminat Big Bang telah melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap syarikat pengurusan, YG Entertainment kerana masih belum memberi kata putus mengenai kumpulan semua (comeback) kumpulan penyanyi terkenal itu.

Akibat kecewa dengan syarikat pengurusan tersebut, peminat telah bertindak melakukan protes dengan meletakkan sebuah lori di hadapan bangunan YG Entertainment dengan harapan comeback Big Bang akan direalisasikan dengan segera.

Menghantar lori protes

![|650x511](upload://qSieeTWsitY4usw9maqnZLZKuRd.jpeg)

Menerusi laporan daripada AllKPop, kejadian protes tersebut berlangsung beberapa hari lalu dengan meminta empat anggota asal Big Bang digerakkan kembali selepas salah seorang anggotanya, Seungri meninggalkan kumpulan tersebut disebabkan skandal yang telah merosakkan reputasinya sebagai seorang penyanyi.

YG Entertainment tidak penuhi amanah mereka sebagai sebuah label. Kami mendesak mereka mula memberi sokongan dan fokus buat Big Bang kembali aktif dengan empat anggota asal mereka. Kami juga mahu label menguruskan kelab peminat Big Bang dengan baik.

Susulan daripada itu, persatuan peminat kumpulan itu juga mahu label mengumumkan secara rasmi tentang pengunduran Seungri daripada Big Bang agar kumpulan tersebut membuat penampilan dengan empat anggotanya yang lain iaitu G Dragon, Taeyong, T.O.P dan Daesung.

Kami telah menunggu selama lima tahun untuk melihat kemunculan semula dari Big Bang. Kami mahukan comeback daripada Big Bang dengan empat anggotanya.

Sumber: AllKPop


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/peminat-bengang-5-tahun-tunggu-big-bang-buat-comeback