Pemilik Nombor Telefon Dalam Squid Game Dakwa Terima Lebih 4,000 Panggilan, Ramai Yang Nak Sertai Permainan

![|650x323](upload://15CiBit40NMwlPW9yxoHcaeDkN2.jpeg)

Seorang individu mendakwa bahawa dirinya menerima lebih 4,000 panggilan selepas nombor telefonnya didedahkan dalam drama siri terkenal Netflix, Squid Game yang ditayangkan pada 17 September lalu.

Dakwa dirinya diganggu lepas nombor telefon tersebar

![|650x416](upload://m2YGxksmXg86I5gW4NspoZZyfHK.jpeg)

Di dalam drama bergenre survival thriller ini, Gong Yoo muncul sebagai lelaki misteri yang merekrut golongan yang mempunyai masalah kewangan untuk menyertai permainan dan menjanjikan hadiah lumayan sebanyak 45.6 bilion won (RM 161.3 juta).

Jika mereka berminat untuk menyertai pertandingan berkenaan mereka perlu menghubungi nombor yang tertera pada kad bisnes lelaki terbabit.

Lapor Today Online, individu yang dikenali sebagai Mr. A memaklumkan bahawa dia telah menggunakan nombor telefon berkenaan lebih 10 tahun dan mendakwa menerima panggilan yang tidak henti sehingga mengganggu kehidupan hariannya.

Saya dah padam lebih 4,000 nombor daripada telefon saya sehinggakan ada orang yang hubungi siang dan malam kerana rasa ingin tahu.

Disebabkan itu, ia menghabiskan bateri telefon saya sehingga bateri mati. Pada mulanya saya tak tahu kenapa tapi kemudiannya kawan saya beri tahu yang nombor telefon saya muncul dalam Squid Game.

Walaupun hanya terdapat lapan digit sahaja dalam kad berkenaan dan pihak produksi juga dikatakan telah membuang tiga digit pertama yang mewakili kod kawasan, namun masih ramai yang dapat menghubungi nombornya.

Susulan daripada itu, pihak Netflix dilaporkan akan menyelesaikan perkara berkenaan dengan pemilik nombor tersebut dan mungkin pihaknya dikenakan denda sebanyak 50 juta won (RM 176,965).

Sumber : Today OnlineĀ 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pemilik-nombor-telefon-dalam-squid-game-dakwa-terima-lebih-4000-panggilan-ramai-yang-nak-sertai-permainan